WhatsApp Akan Ditamatkan Perkhidmatan Di BlackBerry Dan Nokia

Share Button
WhatsApp adalah aplikasi permesejan yang paling banyak digunakan, kerana ia menyokong banyak sistem operasi termasuk yang lama. Awal bulan ini, WhatsApp mengumumkan sebanyak 1 bilion pengguna menggunakan WhatsApp. Tapi, jumlah ini akan berkurangan tahun ini.
Baru-baru ini, WhatsApp telah mengeluarkan kenyataan untuk menamatkan perkhidmatan aplikasi permesejan mudahalihnya, pada beberapa sistem operasi menjelang hujung tahun 2016. Sistem operasi yang terlibat adalah:
  • BlackBerry OS, termasuk BlackBerry 10
  • Nokia S40
  • Nokia Symbian S60
  • Android 2.1 Eclair
  • Android 2.2 Froyo
  • Windows Phone 7.1
WhatsApp yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke-7 minggu ini, terpaksa menamatkan sokongan terhadap sistem operasi ini, kerana masalah untuk mengembangkan fungsi aplikasi.
Sistem operasi yang terlibat, samada terlalu lama ditelan zaman, atau mempunyai kekangan, menyebabkan fungsi baru yang mahu dipasang pada WhatsApp tidak dapat dilaksanakan.
WhatsApp menyarankan pengguna sedia ada, untuk berubah kepada peranti Android, iPhone atau Windows Phone yang lebih baru sebelum tahun 2016 berakhir, untuk terus menggunakan Whatsapp. Tiba sahaja tahun 2017, WhatsApp tidak akan dapat lagi digunakan pada sistem operasi yang disenaraikan di atas.
Harap-harap, WhatsApp dan Blackberry dapat berbuat sesuatu, agar sokongan terhadap Blackbery 10 diteruskan. Kalau tak, kena guna BBM je laa.

http://theskop.com/2016/02/whatsapp-akan-ditamatkan-perkhidmatan-di-blackberry-dan-nokia/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com