Macam Mana Nak Tahu Hp Oppo Ori Ke Tak?
Sekarang ni dah berlambak smartphone clone di merata-rata tempat dengan harga yang sangat murah berbanding dengan smartphone original.
Masih lagi ramai orang yang keliru untuk membezakan antara clone dan original.
Sebenarnya nak bezakan antara clone dan ori tu senang je kalau dah berpengalaman mempunyai hp sebelum ni.
Perbezaan antara clone dan ori sangat jauh dari segi dalamannya iaitu OS kalau dari segi luaran mungkin nampak sedikit persamaan.
TIPS NAK TAHU HP OPPO ORI KE TAK?
- Dail *#06# di telefon korang (selain oppo pun boleh)
- No IMEI akan keluar pada skrin hp korang seperti gambar di bawah
- Semak No IMEI pada belakang hp korang atau pada bahagian battery ataupun pada bahagian kotak hp korang. Kalau sama maknanya hp korang original.
- Kemudian semak no IMEI tadi untuk pengesahan di IMEI OPPO. Selain dari pengguna Oppo, boleh cek [DISINI]
- Kalau keluar maklumat tentang hp korang pada imei oppo maknanya hp oppo korang adalah original.
Nombor IMEI digunakan oleh rangkaian GSM (Global System For Mobile) untuk mengenalpasti peranti korang adalah sah ataupun tidak.
Korang boleh menggunakan kod IMEI untuk mengenal pasti pengeluar, jenama, model, beberapa keupayaan teknikal dan ketulenan peranti.
http://www.adarain.com/2015/07/macam-mana-nak-tahu-hp-oppo-ori-ke-tak/