Punca Kelembapan Internet TM Telah Dikenalpasti

Share Button
Baru tadi twitter @TMConnects mengesahkan masalah talian TM telah dikenalpasti. Kenyataan ini juga telah dipaparkan di lamanweb TM.
Menurut TM, masalah ini berpunca dari sistem ‘Asia Submarine Cable Express‘ (ASE) dari Singapura, yang memberi kesan kepada kabel dasar laut Cahaya Malaysia. ASE mempunyai 6 pasang kabel fiber, di mana 2 pasang darinya adalah Cahaya Malaysia milik TM.
Kabel dasar laut Cahaya Malaysia menghubungkan Malaysia dengan Asia Utara dan Amerika Syarikat. Proses memulihkan kabel ini dijadualkan bermula dari 25 Mac sehingga 31 Mac 2016.
Walaubagaimanapun, proses pemulihan masih bergantung kepada faktor cuaca dan lokasi, serta jenis kerosakan yang dialami. Membaiki kabel dasar laut sememangnya sangat mencabar.
Sepanjang proses pemulihan ini, pengguna akan mengalami masalah untuk melayari lamanweb dan menggunakan servis internet antarabangsa yang terletak di Amerika Syarikat, Asia Utara dan Eropah. TM telah mengambil langkah proaktif dengan mengubah laluan sambungan dan mengoptimasikan rangkaian bagi mengurangkan kesesakan.
Jika anda berhadapan masalah yang teruk, boleh berhubung dengan TM melalui media sosial di twitter@TMConnects atau Facebook Everyone Connects. TM juga boleh dihubungi melalui emel di alamathelp@tm.com.my.
Dengan masalah ini, mungkin TM boleh memberikan sedikit rebat untuk meredakan rassa marah pengguna internet di Malaysia.

http://theskop.com/2016/03/punca-kelembapan-internet-tm-telah-dikenalpasti/
Router TM UniFi di pejabat
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com