Sorakan untuk Apple kerana tidak lagi menjual telefon dengan spesifikasi 2013 pada tahun 2016. Setelah hampir tiga tahun, akhirnya mereka kini hadir dengan model kemaskini untuk iPhone 5s.
Rekabentuknya masih sama, ia masih mengekalkan skrin 4-inci, rekaan dengan mesra satu tangan, dan kini ia disertakan dengan pilihan warna baru iaitu Rose Gold. Namun pembaharuan besar yang dibawa semestinya kemaskini dari segi spesifikasi — yang kini membawakan spesifikasi iPhone 6s di dalam binaan iPhone 5s.
iPhone SE membawakan keseluruhan spesifikasi menyerupai iPhone 6s termasuk penggunaan cip Apple A9 + M9 dengan “Hey Siri” secara aktif, memori 2GB RAM DDR4, kamera 12MP dengan rakaman 4K, Touch ID v2, dan NFC untuk pembayaran Apple Pay.
Cuma perbezaan utama antara kedua peranti ini adalah rekabentuk dan saiz skrin yang mana iPhone SE membawakan skrin 4.0-inci manakala 6s hadir dengan skrin 4.7-inci (dan 5.5-inci untuk variant Plus). Selain itu, iPhone SE juga tidak didatangkan dengan sokongan 3D touch dan Taptic Engine yang dilihat bukanlah suatu fungsi penting. Ia lebih menyempurnakan pengalaman menggunakan iPhone berbanding menjadi sebuah fungsi keperluan. Satu perkara lagi, iPhone SE masih lagi mengekalkan kamera hadapan 1.2MP berbanding 5MP pada iPhone 6s.
Dengan perbezaan ketara dari segenap aspek, telefon manakah yang patut anda pilih? Adakah iPhone SE atau iPhone 6s? Sekiranya anda bukan peminat peranti bersaiz besar dan lebih selesa menggunakan telefon dengan sebelah tangan, iPhone SE lebih sesuai untuk anda. Tetapi jika anda inginkan peranti bersaiz besar, pengalaman penggunaan dan keupayaan bateri yang lebih baik, iPhone 6s adalah jawapannya.
iPhone SE = Binaan iPhone 5s dengan spesifikasi iPhone 6s pada harga tawaran sekitar RM1699.Menariknya, iPhone SE ditawarkan pada harga bermula $399 (~RM1699) untuk versi 16GB dan $499 (~RM2199) untuk versi 64GB. Ia jauh lebih murah berbanding iPhone 5s yang ditawarkan pada harga RM2199 sehingga ia ditamatkan jualan selepas iPhone SE ini diumumkan. Dengan harga permulaan $399 (~RM1699), tentunya ramai yang akan berminat untuk beralih dan mendapatkan iPhone SE ini yang dilihat berpatutan berbanding tawaran iPhone terdahulu.
Tetapi perlu diingatkan, elakkan sesekali membeli iPhone dengan storan 16GB sekiranya anda kurang menggunakan cloud storage untukbackup gambar dan video serta menggunakan online streaming untuk muzik. Sekiranya tidak, anda akan menyesal dikemudian hari. Percayalah.
Dengan kemampuan rakaman video 4K pada iPhone SE, semestinya ia mengambil banyak ruang storan memori apatah lagi gambar 12MP yang semakin tinggi saiz memorinya. Bagaimana pula dengan aplikasi? Perlu diingatkan aplikasi sosial dan permesejan paling banyak menggunakan memori kerana melibatkan penggunaan cache yang tinggi.
Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, buat pilihan dengan mengambil versi 64GB. Jika anda ingin juga dengan pilihan memori 16GB, gunakan aplikasi Google Photos sebagai aplikasi backup untuk gambar dan video dengan storan tanpa had yang ditawarkan oleh Google. Untuk muzik pula, gunakan aplikasi Spotify atau JOOX untuk menjimatkan storan dengan memainkan lagu secara stream.
Untuk memudahkan anda memilih iPhone manakah yang menjadi kesesuaian anda, berikut kami serta jadual perbezaan di bawah. *Kami menyertakan iPhone 5s dan iPhone 6s Plus sebagai kemudahan menanda aras.
iPhone 5s | iPhone SE | iPhone 6 | iPhone 6s | iPhone 6s Plus | |
Skrin | |||||
Resolusi | |||||
Chipset | |||||
Memori | LPDDR3 | LPDDR4* | LPDDR3 | LPDDR4 | LPDDR4 |
Kamera Belakang | |||||
Kamera Hadapan | |||||
Fungsi Tambahan | Apple Pay Retina Flash | Apple Pay | Apple Pay Retina Flash 3D Touch Taptic Engine | Apple Pay Retina Flash 3D Touch Taptic Engine | |
Bateri | |||||
Berat | |||||
Harga | ~RM2199 (64GB) | RM3199 (64GB) | RM3699 (64GB) RM4199 (128GB) | RM4199 (64GB) RM4699 (128GB) |