[MWC2016] Tune Talk 8G Bakal Merevolusi Internet Mudah Alih Malaysia

Share Button
Banner Theskop MWC 2016 - dibawakan oleh Samsung
Tune Talk, Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) terbesar di Asia Tenggara, melancarkan satu perkhidmatan baharu yang akan membawa revolusi dalam sistem telekomunikasi. Pengumuman yang dibuat di Barcelona pada acara MWC 2016 itu, disempurnakan oleh CEO Tune Talk, Jason Lo dan disaksikan oleh Dr. Mazlan Ismail, CEO Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), dan Dr. Fathul Bari, wakil daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Melalui perkhidmatan tersebut, semua spektrum komunikasi akan digabungkan untuk menghasilkan sambungan jalur lebar titik-ke-titik OTA (Over the Air) tanpa melibatkan kos mahupun prasarana. Kepantasan yang ditawarkan oleh 8G mencecah 160mbps, akan membolehkan pengguna menikmati kandungan Internet di mana-mana sahaja.
pengenalan Tune Talk 8G SWAG di MWC 2016Pelancaran SWAG di MWC 2016
Mereka turut mendedahkan peranti ‘Tune Talk 8G’ iaitu SWAG, di reruai rakan usaha sama mereka yang akan digunakan bersama perkhidmatan itu kelak. Syarikat yang membangunkan peranti ‘Tune Talk 8G’, SWAG (Super Wi-Fi Kemana-mana anda Pergi), juga berasal dari Malaysia.
CEO Swag. Dr. Rapahel Mannadiar menerangkan bahawa yang memungkinkan pembangunan ini adalah teknologi WR1 yang dibangunkan sendiri oleh pihak SWAG. Peranti dan perkhidmatan itu dijangka akan dilancarkan di Malaysia sebelum suku ketiga tahun ini.

http://theskop.com/2016/02/tune-talk-8g-bakal-merevolusi-internet-mudah-alih-malaysia/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com