Fon Anda Perlahan? Ketahui Cara Nak Lajukan Telefon Anda

Anda baru je beli telefon pintar anda 6 bulan yang lalu. Tapi sekarang anda dapat rasakan bahawa ia sudah mula menjadi perlahan. Ketahui cara nak lajukan telefon anda seperti tips-tips di bawah ini.
  1. Kemaskini perisian telefon anda
Biasanya pengeluar telefon anda akan mengeluarkan kemaskini dari semasa ke semasa yang akan membaiki beberapa masalah dan menambah ciri-ciri baru yang anda mungkin tidak perasan. Ia spesifk kepada telefon anda dan amat bergantung kepada jenama tersebut. Juga jika telefon anda di peringkat pertengahan atau tinggi, peluang untuk anda dapat kemaskini perisian dengan kerap sangat tinggi.

  1. Reset telefon anda
Cara nak lajukan telefon anda yang kedua ini, hanya bertahan untuk seketika sahaja. Barangkali ia boleh bertahan seminggu dua sahaja, sebelum ia menjadi perlahan semula. Apa salahnya anda reset telefon anda seminggu sekali ya tak?
* Sebelum anda reset telefon anda, pastikan anda simpan data-data penting terutama sekali kata laluan anda.

  1. Tingkatkan ruang memori dalaman telefon anda
Kebanyakan telefon terkini mempunyai 1GB, 2GB, 3GB dan yang terkini sehingga 4GB memori dalaman. Apabila anda mula install banyak aplikasi dan games, ia boleh menyebabkan ruang memori dalaman berkurangan dengan mendadak.
Cara paling berkesan untuk meningkatkan ruang memori dalaman adalah dengan memindahkan media (gambar, mp3, video dan sebagainya) ke ruang memori luaran, kebiasaannya ke kad SD.
* Sesetengah telefon peringkat bawah yang hanya mempunyai 1GB memori dan ke bawah, walaupun setelah melakukan perpindahan; masih tidak membawa sebarang perubahan.

  1. Install antivirus yang elok
Perisian antivirus boleh mengimbas telefon anda untuk virus yang boleh menyebabkan telefon anda menjadi perlahan. Anda boleh pasang mana-mana antivirus di dalam senarai tersebut, kerana ianya terbukti berkesan.

  1. Install pengurus startup
Membenarkan anda menghentikan aplikasi daripada bermula secara automatik setiap kali anda

  1. Install pembersih cache
Cache adalah data yang terkumpul sejak beberapa lama untuk mempercepatkan sesetengah proses. Dengan membersihkan lebihan data cache, ia merupakan salah satu cara nak lajukan telefon anda.

  1. Uninstall aplikasi yang tidak diperlukan
Kadang-kadang kita install terlalu banyak aplikasi, dan hanya menggunakannya sekali dua sahaja. Apa kata anda uninstall sahaja mana-mana aplikasi yang tidak lagi diperlukan.

  1. Kurangkan widget
Biasanya kita letakkan banyak widget di skrin utama, seperti notifikasi untuk cuaca, berita terkini, waktu solat dan sebagainya; tetapi ia juga menggunakan banyak memori. Cuba kurangkan widget dan lihat perubahannya.

  1. Tutup aplikasi yang tidak digunakan
Kadang-kadang kita buka terlalu banyak aplikasi dan ini boleh menyumbang kepada telefon menjadi perlahan. Tutup aplikasi yang anda tidak guna dengan menggunakan Task Manager,

*Tips Tambahan Cara Nak Lajukan Telefon Anda (Amaran, bukan untuk semua orang, boleh menyebabkan telefon anda tidak boleh berfungsi)

  1. Rootkan telefon anda
Apabila anda rootkan telefon anda, ia memberikan kuasa yang lebih di tangan anda. Jika anda melakukan root, ia boleh menyebabkan waranti menjadi luput bagi sesetengah pengeluar.
Setelah anda root, anda boleh meningkatkan kelajuan prosesor telefon. Seterusnya anda boleh uninstall perisian yang pada kebiasannya tidak boleh dikacau langsung. Ia juga membenarkan anda untuk menghentikan proses-proses dalaman (tetapi berhati-hati, sekiranya ia proses yang diperlukan, anda boleh menyebabkan telefon anda berhenti berfungsi dan perlu direset semula)

  1. Install custom ROM
Custom ROM di sini bermaksud versi yang berlainan untuk sistem operasi sedia ada. Sebagai contoh, anda menggunakan telefon Samsung, custom ROM ini biasanya dibangunkan oleh komuniti yang minat dengan telefon Samsung; tetapi tukarkannya untuk menjadi lebih pantas dan efisien.
Hanya untuk mereka yang pakar dan tahu apa yang mereka lakukan, jika tidak nahas jawabnya. Apa-apa pun, sila buat salinan semua data anda.
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com