Jom tukar ke pelan digi smart prepaid! (Free basic internet + Free unlimited SMS / Call)

Klik pada ikon untuk share artikel ini:Print this pageShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Reddit0Share on LinkedIn0Share on Tumblr0Buffer this pageDigg thisFlattr the authorPin on Pinterest0Share on VKShare on StumbleUpon0Share on Yummly0
digi-smart-prepaid-review
Aku pun baru balik dari Digi Store di Plaza Merdeka, kuching. Alang-alang lalu kat sana singgah celcom centre, bertanyakan hal port-out dari Maxis yang dah kena reject 5-6 kali oleh maxis. Sambil-sambil tu singgah sebentar untuk membuat pertukaran simkad digi lama aku ke simkad baru yang boleh sokong4g LTE internet. Caj dikenakan sebanyak RM10.60 (Termasuk GST). Tapi aku memang dah sedia maklum. Jadi, ok la. Petugas pun mesra pelanggan, jadi memang takde masalah.
Tak banyak sangat prosedur, cuma perlu berikan no.digi dan tunjukkan kad pengenalan. Tunggu petugas print out IC dan borang, taip dalam sistem dan pooof! Jadilah koko crunch.. Aku gurau je la. Wakakaka. Ada la dalam 10-15 minit, sebab ada masalah sistem. Dan siap. Katanya, dalam setengah jam prosesnya akan siap. Tapi, tak. Sebabnya, ia ambil masa beberapa jam untuk selesai.
Tapi tak kisah, yang penting hajat aku kesampaian. Lagi 10 minit jam 4 petang, tengah aku syok sendiri melayari internet menggunakan no.digi aku (simkad lama), tiba-tiba takde line internet. Tengok-tengok.. Satu bar line pun takde. Dalam jam berapa 9 malam ke apa lepas aku pasang simkad baru dan reboot hp aku, baru ada line.
Dan yang menariknya, tahukah anda.. *Ayat-ayat poyo*
Disebabkan aku rasa seronok sebab proses pertukaran simkad dah berjaya, aku cuba la online (beli kuata 1gb =RM5/sehari). Dan fuhhh! Laju giler internet. Marvelous bak kata orang putih… aku pun tiba-tiba rajin untuk meronda laman web digi. Dan aku terjumpa satu info yang lebih marvelous. Iaitu… Action kamen. Tak, aku tipu je. Wakakaka. Aku jumpa pelan terbaru DIGI SMART PREPAID.
Ok, apa yang menariknya pasal pelan baru ni?
  • Percuma LTE internet asas (dengan kelajuan 64kb), takkan telan kredit korang  tanpa beli kuata internet.
  • Percuma sms dan call ke 3 no.digi yang didaftarkan sebagai your favourite digi numbers. Tanpa had. Tengah berak pun kalau call pun orang tak peduli, tiada caj dikenakan. Sampai telinga korang pekak pun aiman tak kisah. Kesimpulannya, carilah awek yang guna no.digi. Wakaka. Bergayutlah sampai pengsan. 😀
digi-smart-prepaid-review-how-to-subscribe
Dan yang seronoknya, aku (pengguna digi pelan prepaid lain) pun boleh dan telah pun tukar ke pelan ni. Caranya cuma taip *128*1*4# dan hantar. Caj RM3 dikenakan. Tapi berbaloi. Sebab internetnya tanpa beli kuata pun jauh beza dengan internet asas maxis. Laju. Aku tak nak cakap banyak, walaupun aku hanya menaip sebenarnya. Biar you cuba test try sendiri.. ;D
P/s: Ingat tak aku ada cakap yang aku ada beli kuata internet 1GB = RM5 /sehari. Yang ni tak bestnya, aku beli sebelum aku tukar ke pelan DIGI SMART PREPAID. Nak tahu apa yang berlaku? Kuata internet yang aku beli dibatalkan…NO REFUND. Baru pakai sikit dah abis macam tu je. Kalaulah aku tau. Hahaha. Nasi dah jadi bubur. Tu je la aku nak ingatkan. Korang pun boleh beli simkad baru untuk pelan ni dengan harga RM10 je (termasuk gst).

http://saharol.com/beritaharini/jom-tukar-ke-pelan-digi-smart-prepaid-free-basic-internet-free-unlimited-sms-call/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com