Microsoft Bakal Hadir Dengan Kemaskini Untuk Live Tiles Pada Windows 10

Microsoft akan mengadakan acara Build 2016 pada minggu hadapan, dan pada acara berkenaan, seperti biasa, mereka dijangka memperkenalkan sejumlah perkara baru untuk perkhidmatan dan produk dibawah mereka. Terkini, melalui jadual penuh yang diterbitkan Microsoft untuk Build, mereka memberikan petanda akan memperkenalkan kemaskini untuk Live Tiles pada acara berkenaan.
Ia tidak lagi diketahui apakah yang bakal diperkenalkan oleh Microsoft. Sebelum ini, Microsoft telah dikatakan akan hadir dengan Live Tiles berbentuk interaktif pada Windows 10 – tetapi versi sistem operasi berkenaan tidak hadir dengannya. Mungkin, kini Microsoft akan memperkenalkan sokongan tersebut melalui kemaskini akan datang sistem operasi mereka.
Melalui Live Tiles berbentuk interaktif, ia akan membolehkan pengguna terus melakukan beberapa perkara terus pada Live Tiles tanpa perlu mengakses aplikasi penuh berkenaan. Sebagai contoh, untuk perkhidmatan emel, anda boleh terus membalasnya dan untuk kalkulator anda terus boleh mengira.
Ia tidak diketahui lagi sepenuhnya apakah yang bakal diperkenalkan oleh Microsoft untuk Live Tiles mereka, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh mereka.
https://amanz.my/2016108474/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com