Laptop dan notebook sepertinya sudah bukan merupakan barang mahal lagi, kini banyak tersedia dipasaran mulai low end hingga high end. Orang banyak yang sudah memilikinya, baik sebagai bagian dari gaya hidup, untuk bisnis, untuk mengerjaakan tugas/skripsi.
Sepertinya PC akan mulai tergusur dengan kehadiran laptop/notebook. Walaupun PC lebih tangguh, namun kenyaman laptop/notebook yang bisa dibawa mobile jadi pilihan favourite.
Berikut ini ada beberapa tips yang bisa digunakan agar laptop/notebook anda berumur panjang dan tetap awet.
Gunakan stabilizer listrik
Bagi anda yang gemar bekerja dengan laptop/notebook tapi dengan melepas baterai ada baiknya tambahkan stabilizer. Stabilizer berfungsi untuk menjaga arus yang tidak stabil masuk ke laptop/notebook anda. Sehingga kenyamana anda bekerja dengan laptop terus terjaga.
Hati-hatilah Membawa Laptop/Notebook dalam tas
Sebaiknya gunakan tas khusus yang didesaign untuk laptop/notebook. Jangan gunakan sembarang tas yang tidak mempunyai bantalan khusus buat laptop/notebook. Mungkin tas untuk ini harganya agak mahal. Tapi sepadan dengan fungsinya untuk melindungi.
Jangan Makan dan Minum dekat Laptop/Notebook
Hindarilah makan atau minum di dekat laptop/notebook. Cairan atau makanan bisa saja tanpa sengaja tumpah dan bisa mengenai keyboard dan masuk ke komponen. Kalau sampai komponen di dalam rusak, maka biaya untuk menggantinya sangat mahal.
Hati-hatilah Download Software
Usahakan untuk memakai software yang sudah ada dalam paket pembelian laptop/notebook anda, untuk menghindari virus yang merosak. Download software di internet, kalau tidak berhati-hati tanpa dukungan antivirus yang memadai dan ter update dengan baik sebaiknya tidak dilakukan.
Tidak boleh Meletakkan Laptop/Notebook di lantai
Debu yang beterbangan di lantai bisa merusak laptop/notebook. Jauhkanlah dari anak kecil dan binatang peliharaan. Resiko terinjak akan sangat besar.
Jangan Bongkar Laptop/Notebook
Jika anda bukan seorang teknisi yang memang mengerti benar soal Laptop/Notebook jangan coba-coba untuk membongkarnya sendiri. Lebih baik kalau ada masalah, segera perbaiki di service center terdekat.
Bersihkan secara rutin
Ini yang sering tidak dilakukan oleh pemilik laptop/notebook. Membiarkan laptop/notebook dalam keadaan kotor sama saja dengan mempendek umurnya. Usahakan secara rutin bersihkan layar dan keyboardnya.
Semoga tips di atas membuat laptop/notebook anda selalu awet. Amin..
1) Mod penjimatan kuasa -Telefon pintar Android dan Telefon Windows termasuk kuasa atau mod penjimatan bateri yang biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan ciri intensif termasuk e-mel push, kecerahan skrin dan kemaskini Facebook.Malangnya Apple tidak termasuk apa-apa kuasa atau penjimatan bateri ciri-ciri pada telefon pintar, walaupun aplikasi percuma seperti 'Battery Life Pro' memantau prestasi bantuan dan menutup aplikasi 2) Kecerahan skrin -Penggunaan bateri paling tinggi adalah pada pencahayaan skrin telephone anda makin besar skrin makin byk penggunaan bateri. Bagi menjimatkan kuasa bateri dengan memilih 'kecerahan automatik' dan skrin akan melaraskan kecerahan secara automatik bergantung kepada keadaan pencahayaan. Selain itu, jika penunjuk bateri mencapai tahap yang tidak menentu menjadikan kecerahan turun serendah selesa untuk memelihara kuasa seberapa banyak yang mungkin. Pastikan kunci auto diaktifkan, jadi apabila telefon anda tidak digunakan skrin menutup menjimatkan kuasa. Jika anda mempunyai telefon dengan skrin AMOLED (seperti Samsung Galaxy S3 atau S2) menggunakan kertas dinding gelap juga boleh membantu menjimatkan bateri. 3) Kurang penggunaan getaran (Vibrate) -Dalam persekitaran kerja penggunaan ringtones kuat amat disukai, tidak menggunakan mod begetar sekiranya anda berada dalam meeting malah lebih baik gunakan mod senyap lebih efektif untuk menyelamatkan penggunaan bateri anda. 4) Offkan Telefon Ketika Mengecas – pastikan telefon korang di OFF dulu sebelum korang mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri. 5) Jangan Cas Telefon Di Dalam Kereta – Voltage pada kereta selalunya tidak stabil menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Ini akan menyebabkan komponen bateri cepat rosak. (pasti ramai yang buat cara ni kan)
6) Habiskan Bateri Sebelum Di Cas – Pastikan bateri telefon korang betul-betul habis baru dicas semula untuk mengelakkan ‘memory effect’. 7) Pastikan Bateri Dicas Sepenuhnya Kali Pertama sekurang-kurangnya 8 jam – Apa jua jenis bateri telefon bimbit, pastikan ianya dicas sepenuhnya sewaktu pertama kali membelinya. Ini untuk menentukan usia bateri. Ini kerana ketika kita mengecas bateri seluruh sel dalam telefon bimbit akan berfungsi. (Ada yang beli je, terus guna walaupun bateri separuh. betul tak?) 8) Kawal Waktu Mengecas – Jangan biarkan bateri dicas begitu lama kerana boleh merosakkan komponen di dalam bateri tersebut. Di Malaysia masih kurang lagi pengunaan charger yang akan Off sendiri selepas bateri habis dicas. 9) Jauhkan Bateri Dari Haba contoh TV dan alat elektrik yang mengeluarkan haba – Sumber haba boleh menyebabkan bateri telefon meletup. 10) Matikan sambungan - WiFi, GPS dan Bluetooth adalah antara yg tersedia dalam telefon moden anda. Lupa untuk mematikan WiFi anda apabila anda meninggalkan rumah dan ia akan sentiasa mencari sambungan WiFi dan menggunakan bateri lebih pada masanya. Jadi pastikan anda mematikan mana-mana sambungan luar apabila anda tidak menggunakannya. http://pluraltrains.blogspot.my/2014/02/tip-penjagaan-gadget-hanphone-ipad.html
Microsoft akan mengadakan acara Build 2016 pada minggu hadapan, dan pada acara berkenaan, seperti biasa, mereka dijangka memperkenalkan sejumlah perkara baru untuk perkhidmatan dan produk dibawah mereka. Terkini, melalui jadual penuh yang diterbitkan Microsoft untuk Build, mereka memberikan petanda akan memperkenalkan kemaskini untuk Live Tiles pada acara berkenaan.
Ia tidak lagi diketahui apakah yang bakal diperkenalkan oleh Microsoft. Sebelum ini, Microsoft telah dikatakan akan hadir dengan Live Tiles berbentuk interaktif pada Windows 10 – tetapi versi sistem operasi berkenaan tidak hadir dengannya. Mungkin, kini Microsoft akan memperkenalkan sokongan tersebut melalui kemaskini akan datang sistem operasi mereka.
Melalui Live Tiles berbentuk interaktif, ia akan membolehkan pengguna terus melakukan beberapa perkara terus pada Live Tiles tanpa perlu mengakses aplikasi penuh berkenaan. Sebagai contoh, untuk perkhidmatan emel, anda boleh terus membalasnya dan untuk kalkulator anda terus boleh mengira.
Ia tidak diketahui lagi sepenuhnya apakah yang bakal diperkenalkan oleh Microsoft untuk Live Tiles mereka, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh mereka.
Dua peranti terkini Samsung iaitu Galaxy A5 dan Galaxy A3 memasuki pasaran Malaysia hari ini. Seperti siri Alpha dua peranti ini mempunyai kemasan logam. Kedua-duanya diperkasakan oleh pemproses 64 Bit Snapdragon 410. Mari bandingan dua peranti terkini ini dengan Xiaomi Redmi 2 yang baru diumumkan minggu ini yang turut menggunakan pemproses yang sama.
Satu-satunya ruang persaingan sengit tanpa monopoli di Malaysia, pastinya adalah telekomunikasi mudahalih. Hampir setiap minggu, ada sahaja tawaran baru yang memberikan lebih nilai kepada pelanggan. Sepertimana U Mobile yang mengumumkan pemberian tambahan 8GB data percuma kepada penggunapelan Hero P70 minggu lepas. Sekali lagi, Digi tidak melepaskan peluang dengan tawaran yang hampir sama.
Digi hari ini memperlihatkan tawaran data tambahan yang sangat murah. 8GB data boleh diperolehi dengan hanya RM10. Ya, hanya RM10 untuk 8GB data. Bermakna, RM1.25 sahaja untuk setiap GB.
Tetapi ini adalah pelan data tambahan mingguan. Sekali daftar, hanya sah selama 7 hari sahaja. Seperkara kali, ia hanya boleh dilanggan oleh pengguna pelan pascabayar Digi Postpaid 98 (RM78 sebulan) dan ke atas sahaja. Dan promosi ini berakhir pada 17 April 2016, tetapi boleh dilanggan berkali-kali sampai tarikh tamat promosi. Kira-kira sebulan dari sekarang.
Jika anda pelanggan Digi yang layak, untuk melanggan 8GB data RM10 ini, ia boleh dilakukan menerusiaplikasi MyDigi, ataupun menerusi lamanweb Digi. Selain ini, ia boleh dilanggan dengan mendail *200*2# di telefon pintar.
Tawaran Digi ini dilihat seperti balasan dari tawaran 15GB data U Mobile Hero P70. Walaupun bersifat sementara, pertembungan antara syarikat telekomunikasi secara berterusan pastinya menguntungkan pengguna.
Sorakan untuk Apple kerana tidak lagi menjual telefon dengan spesifikasi 2013 pada tahun 2016. Setelah hampir tiga tahun, akhirnya mereka kini hadir dengan model kemaskini untuk iPhone 5s.
Rekabentuknya masih sama, ia masih mengekalkan skrin 4-inci, rekaan dengan mesra satu tangan, dan kini ia disertakan dengan pilihan warna baru iaitu Rose Gold. Namun pembaharuan besar yang dibawa semestinya kemaskini dari segi spesifikasi — yang kini membawakan spesifikasi iPhone 6s di dalam binaan iPhone 5s.
iPhone SE membawakan keseluruhan spesifikasi menyerupai iPhone 6s termasuk penggunaan cip Apple A9 + M9 dengan “Hey Siri” secara aktif, memori 2GB RAM DDR4, kamera 12MP dengan rakaman 4K, Touch ID v2, dan NFC untuk pembayaran Apple Pay.
Cuma perbezaan utama antara kedua peranti ini adalah rekabentuk dan saiz skrin yang mana iPhone SE membawakan skrin 4.0-inci manakala 6s hadir dengan skrin 4.7-inci (dan 5.5-inci untuk variant Plus). Selain itu, iPhone SE juga tidak didatangkan dengan sokongan 3D touch dan Taptic Engine yang dilihat bukanlah suatu fungsi penting. Ia lebih menyempurnakan pengalaman menggunakan iPhone berbanding menjadi sebuah fungsi keperluan. Satu perkara lagi, iPhone SE masih lagi mengekalkan kamera hadapan 1.2MP berbanding 5MP pada iPhone 6s.
Dengan perbezaan ketara dari segenap aspek, telefon manakah yang patut anda pilih? Adakah iPhone SE atau iPhone 6s? Sekiranya anda bukan peminat peranti bersaiz besar dan lebih selesa menggunakan telefon dengan sebelah tangan, iPhone SE lebih sesuai untuk anda. Tetapi jika anda inginkan peranti bersaiz besar, pengalaman penggunaan dan keupayaan bateri yang lebih baik, iPhone 6s adalah jawapannya.
iPhone SE = Binaan iPhone 5s dengan spesifikasi iPhone 6s pada harga tawaran sekitar RM1699.Menariknya, iPhone SE ditawarkan pada harga bermula $399 (~RM1699) untuk versi 16GB dan $499 (~RM2199) untuk versi 64GB. Ia jauh lebih murah berbanding iPhone 5s yang ditawarkan pada harga RM2199 sehingga ia ditamatkan jualan selepas iPhone SE ini diumumkan. Dengan harga permulaan $399 (~RM1699), tentunya ramai yang akan berminat untuk beralih dan mendapatkan iPhone SE ini yang dilihat berpatutan berbanding tawaran iPhone terdahulu.
Tetapi perlu diingatkan, elakkan sesekali membeli iPhone dengan storan 16GB sekiranya anda kurang menggunakan cloud storage untukbackup gambar dan video serta menggunakan online streaming untuk muzik. Sekiranya tidak, anda akan menyesal dikemudian hari. Percayalah.
Dengan kemampuan rakaman video 4K pada iPhone SE, semestinya ia mengambil banyak ruang storan memori apatah lagi gambar 12MP yang semakin tinggi saiz memorinya. Bagaimana pula dengan aplikasi? Perlu diingatkan aplikasi sosial dan permesejan paling banyak menggunakan memori kerana melibatkan penggunaan cache yang tinggi.
Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, buat pilihan dengan mengambil versi 64GB. Jika anda ingin juga dengan pilihan memori 16GB, gunakan aplikasi Google Photos sebagai aplikasi backup untuk gambar dan video dengan storan tanpa had yang ditawarkan oleh Google. Untuk muzik pula, gunakan aplikasi Spotify atau JOOX untuk menjimatkan storan dengan memainkan lagu secara stream.
Untuk memudahkan anda memilih iPhone manakah yang menjadi kesesuaian anda, berikut kami serta jadual perbezaan di bawah. *Kami menyertakan iPhone 5s dan iPhone 6s Plus sebagai kemudahan menanda aras.
Perbandingan iPhone 5s, iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6s & iPhone 6s Plus
iPhone 5s
iPhone SE
iPhone 6
iPhone 6s
iPhone 6s Plus
Skrin
4.0-inci
4.0-inci
4.7-inci
4.7-inci
5.5-inci
Resolusi
1136 x 640
1136 x 640
1134 x 750
1134 x 750
1920 x 1080
Chipset
Apple A7
Apple A9
Apple A8
Apple A9
Apple A9
Memori
1GB RAM LPDDR3
2GB RAM LPDDR4*
1GB RAM LPDDR3
2GB RAM LPDDR4
2GB RAM LPDDR4
Kamera Belakang
8MP
12MP
8MP
12MP
12MP
Kamera Hadapan
1.2MP
1.2MP
1.2MP
5MP
5MP
Fungsi Tambahan
Touch ID v1
Touch ID v2* Apple Pay Retina Flash
Touch ID v1 Apple Pay
Touch ID v2 Apple Pay Retina Flash 3D Touch Taptic Engine
Touch ID v2 Apple Pay Retina Flash 3D Touch Taptic Engine
Bersama-sama pengenalan telefon pintar dan tablet baru, Apple turut mengumumkan pengenalan kemaskini terbaru sistem operasi iOS mereka, iaitu iOS 9.3. Versi terbaru ini akan mengatasi bebrapa masalah yang telah dikenal-pasti, dan pada masa yang sama menawarkan beberapa ciri-ciri baru.
Untuk pengguna tempatan, salah satu ciri baru yang akan menjadi fokus utama pada iOS 9.3 adalah pengenalan Siri dalam bahasa Melayu. Sokongan ini membolehkan Siri membalas arahan dan input pengguna dalam bahasa Melayu – dan daripada percubaan sebelum ini, ia menggunakan loghat berbahasa Melayu-Indonesia.
Dari segi fungsi baru lain, kini ia menyertakan fungsi Night Shift yang mengurangkan penggunaan cahaya biru yang meletihkan mata – dan memudahkan lagi pengguna tidur selepas menggunakannya. Disamping itu, iOS 9.3 juga turut menyertakan sokongan penggunaan pengimbas cap jari untuk Apple Notes.
Bagi pengguna peranti iPhone atau iPad, anda boleh menyemak kemaskini anda bermula hari ini, dan menikmati pelbagai ciri-ciri baru yang dibawakan oleh iOS 9.3 ini.
Seperti yang kita semua sedia maklum, masalah bateri adalah sesuatu yang pasti menghantui kesemua pengguna telefon pintar dan tablet. Walaupun kapasiti bateri pada telefon pintar dan tablet semakin tinggi namun masalah ini tetap hadir. Disini kami memberikan anda beberapa cara untuk mengecas bateri peranti anda dengan lebih pantas dan secara efisen.
1. Letakkan peranti anda didalam ‘Airplane Mode’ atau matikanya
Cara ini mungkin bukan sesuatu yang baru untuk dibincangkan, namun untuk pengetahuan anda, peranti anda masih menggunakan tenaga bateri yang kecil ketika didalam mod ‘stanby’ namun jika ada meletakkan peranti anda didalam mod ‘Airplane’ ianya akan hampir kesemua fungsi utama peranti tersebut sekaligus mempercepatkan lagi pengecasan. Selain itu, adalah lebih baik jika anda boleh mematikan terus peranti anda kerana pengunaan bateri akan menjadi 0%. Harus diingatkan juga bahawa cara ini mungkin tidak berkesan pada sesetengah peranti.
2.Caj bateri anda dari sumber elektrik utama dan bukan melalui USB
Ini adalah satu yang kita jarang amalkan kerana kita lebih biasa mengecaj peranti kita melalui komputer peribadi terutamanya di pejabat namun untuk pengetahuan anda, pengecasan ini pasti mengambil masa yang lama. Sebagai perbandingan, port USB 2.0 pada sesuatu komputer hanya memberikan 0.5amps tenaga manakala port USB 3.0 memberikan 0.9amps yang mana ianya adalah kurang jika dibandingkan dengan pengecasan tradisional. Pengecasan secara terus memboleh pengecasan dilakukan pada kadar yang lebih cepat kerana tenaga elektrik yang diberikan adalah pada kadar 1.0 amps manakala bagi tablet adalah 2 amps.
3.Guna pengecas yang menawarkan amps yang tinggi
Lebih tinggi amps yang diberikan oleh sesuatu pengecaj lebih cepat peranti anda akan dicaj. Kami mencadangkan anda mencari pengecaj yang menawarkan kadar pengaliran tenaga yang lebih tinggi.
4.Gunakan port USB Mac ( untuk peranti iPhone dan iPad)
Jika anda tidak mempunyai sumber elektrik dan anda memiliki peranti iPhone atau iPad, pengecasan melalui komputer Apple Mac kerana model Mac yang baru mampu mengesan peranti Apple dan memberikan tenaga pengecasan yang lebih tinggi berbanding biasa iaitu pada kadar 1.1 amps.
5.Gunakan perisian asli untuk meningkatkan kadar pengaliran tenaga melalui port USB.
Seperti yang kami perkatakan, hampir kesemua komputer menawarkan 0.5-0.9 amps melalui port USB namun terdapat beberapa pengeluar komputer yang menawarkan perisian khas yang membolehkan jumlah amps ditingkatkan untuk pengecasan yang lebih pantas. Contoh yang boleh kami sebut adalah, aplikasi Windows yang dikenali sebagai ‘Ai charger’ yang terdapat pada komputer keluaran Asus. Kami mengingatkan anda supaya hanya menggunakan perisian yang disahkan selamat oleh pengeluar komputer anda.
Pengecas Dual USB
Ini adalah kable micro USB yang membolehkan anda menggunakan tenaga dari dua port USB secara serentak dan mampu mengecas telefon pintar atau tablet anda pada kadar dua kali lebih pantas.
Digi hari ini telah memperkenalkan sedikit kemaskini pada pelan pascabayar mereka, dimana kini mereka menawarkan kuota internet yang lebih tinggi, dan pada masa yang sama, seperti Celcom, kini mereka menawarkan kebolehan untuk membawa kuota yang tidak digunakan ke bulan yang seterusnya.
Melalui pelan pascabayar internet baru, Digi kini menawarkan pelan bermula RM28 untuk 1GB data, dan kebolehan membawa data ke hadapan sebanyak 500MB. Peningkatan data mula diperkenalkan bermula pakej RM48 dimana peningkatan sebanyak 1GB (dari 2GB ke 3GB), sementara pelan RM68 dan ke atas menawarkan peningkatan sebanyak 2GB.
Untuk pelan panggilan pula pula, kini Digi menawarkan pelan panggilan tanpa-had untuk pelan bulanan RM68 ke atas.
Disamping itu, pihak Digi turut menawarkan pelan perayauan sosial bermula RM10 untuk beberapa negara terpilih, dan RM36 untuk penawaran data yang lebih banyak.
Digi hari ini hadir dengan penawaran pelan baru mereka untuk tempoh terhad – iaitu sehingga 29 Februari 2016 kelak. Pelan yang dinamakan sebagai Digi SmartPlan 75 ini menawarkan penggunaan data sebanyak 7GB sebulan dan panggilan tanpa had untuk hanya RM75 sebulan.
Untuk SMS pula, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 10 sen setiap SMS, dan penambahan kuota internet pada harga RM8 satu GB.
Penawaran pihak Digi ini boleh dikatakan antara yang menarik di pasaran – apatah lagi ia turut hadir dengan penawaran iFlix percuma selama 12 bulan, dan penawaran Digi Music Freedom.
Bagi anda yang berminat, boleh membuat pembelian melalui laman rasmi Digi hari ini, ataupun ke pengedar rasmi Digi dan membuat peralihan ke pelan ini.
Aduh, perang data mudahalih di Malaysia kini semakin mengganas. Jika panggilan tanpa had dengan data 7GB tidak mencukupi, U Mobile kini menawarkannya dengan 15GB data sebulan, dan komitmen pengguna masih kekal sama, hanya RM70 sebulan. Ia adalah tawaran terbaru U Mobile menerusi pelan pascabayar Hero.
Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee. Tawaran 15GB datapelan Hero ini akan mula dibuka pada 15 Mac 2016. Tetapi, ia hanya diberikan sehingga 30 Jun 2016 sahaja. Bermakna, pengguna boleh menikmati 15GB data dengan komitmen RM70 sebulan, selama 3.5 bulan.
Sebelum ini, pelan pascabayar Hero U Mobile memberikan pengguna panggilan tanpa had beserta 7GB data, dengan komitmen RM70 sebulan. Tetapi ia menerima tentangan hebat apabila Digi turut menawarkan pelan pascabayar dengan panggilan tanpa had beserta 7GB data, hanya RM78 sebulan. Celcom pula melancarkan pelan FiRST Gold yang turut datang dengan panggilan tanpa had, bersama 5GB data bulanan dan 5GB data hujung minggu, hanya RM80 sebulan.
Dengan saingan sengit dari Digi dan Celcom ini, tidak hairanlah U Mobile mengambil langkah ekstrem dengan memberikan data berganda kepada pelan Hero mereka. Masih tiada maklumat lanjut tentang perkara ini, tetapi dijangka pengguna sedia ada akan menerima naiktaraf ini secara automatik.
U Mobile turut memperkenalkan pelan baru Hero Plus, yang menawarkan dua talian bersama panggilan tanpa had dan data 12GB, dengan bayaran RM120 sebulan. Dengan tawaran baru ini, pastinya Hero Plus turut menerima peningkatan, dan menjadikan data bulanan untuk dua talian kepada 18GB.
Bagaimana sekarang, mahu kekal dengan talian syarikat lain, atau nikmati data berganda-ganda dari U Mobile dengan pelan Hero ini? Segera ke pusat servis U Mobile berhampiran untuk bertukar ke talian U Mobile, sambil mengekalkan nombor sedia ada.
Kemas kini Android 6.0 Marshmallow untuk Sony Xperia Z5 akhirnya boleh dimuat turun oleh pengguna di Malaysia. Kemas kini yang bersaiz melebihi 1 Gigabyte ini mula diterima sejak pagi tadi. Dengan kemas kini ini akhirnya fungsi Google Now On Tap dapat digunakan oleh pengguna peranti utama Sony ini. Tetapi pada waktu yang sama fungsi Stamina Mode tidak lagi wujud. Ini adalah kerana Marshmallow mempunyai fungsi Doze yang menjimatkan penggunaan bateri.
Kepada pemilik Xperia Z5 Compact pula penantian anda mungkin turut akan berakhir. Kemas kini ke Marshmallow untuk peranti ini sudah mula diterima pengguna di Eropah. Memandangkan kemas kini Marshmallow untuk Z5 tiba di Eropah 7 Mac yang lalu, kemungkinan besar peranti anda juga akan menerima kemas kini dalam masa yang terdekat.
Emas ialah simbol kekayaan dan status seseorang individu di dalam masyarakat sejak beribu-ribu tahun. Golongan bangsawan memakai barang kemas diperbuat daripada emas untuk menunjukkan mereka berhad memerintah. Di benua Amerika Selatan pula, emas ianya penyebab mengapa tamadun Aztek lenyap dari muka bumi kerana diserang Sepanyol. Jadi jelaslah di sini emas boleh menyebabkan anda disanjung dan pada waktu yang sama boleh menyebabkan anda rebah.
Status emas sebagai logam berharga masih lagi relevan sekarang. Perkara biasa yang dilakukan sekarang ialah menyadur emas pada peranti pintar terkini bagi menunjukkan betapa murahnya rezeki yang dikurniakan Ar Rahman kepada diri anda. Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge yang disadur emas kini boleh anda miliki. Ia dihasilkan oleh Gold Genie dan edisi terhad ini dijual pada harga bermula £2097 (RM 12083) sebuah. Selain sebuah peranti pintar bersalut emas, anda turut akan menerima kotak simpanan khas yang diperbuat daripada kayu ok.