Perbandingan Pelan Pascabayar Dengan Panggilan Tanpa Had Di Malaysia

Perbandingan Pelan Pascabayar Dengan Panggilan Tanpa Had Di Malaysia

Share Button
Tahun 2016 bermula dengan perang sengit pelbagai tawaran dari syarikat telekomunikasi. Makin hari, pelan yang ditawarkan semakin murah, dengan lebih banyak data diberikan.
Maxis mula-mula memperkenalkan pelan panggilan tanpa had MaxisONE, dengan bayaran yang agak premium. Ia diikuti oleh Digi, dengan pengenalan SmartPlan Voice.
Tetapi pelancaran pelan pascabayar Hero oleh U Mobile, dilihat benar-benar memberi nilai terbaik kepada pengguna pada harga lebih rendah. Hanya RM70 sebulan untuk panggilan tanpa had bersama 7GB data.
Digi membalasnya dengan melancarkan SmartPlan 75, komitmen RM75 sebulan untuk menikmati panggilan tanpa had serta 7GB data. Tidak lama kemudian, Celcom turut menyertai persaingan ini, dengan pelan FiRST Gold yang diperbaharui. Bayaran RM80 sebulan dan pengguna menerima panggilan dan SMS tanpa had, serta 10 GB data.
Jadi, pelan semua-dalam-satu yang mana paling terbaik untuk dimiliki?
Perbandingan pelan panggilan tanpa had Malaysia 2016 v2

Celcom

Secara kasar, Celcom menawarkan nilai terbaik, dengan 10GB data untuk RM80 sebulan. Ini menjadikan kadar data kepada RM8 setiap GB. Malah, ia datang bersama panggilan dan SMS tanpa had.
Tetapi, data ini tidak boleh digunakan setiap hari. Celcom memecahkannya kepada 2 jenis, 5GB data boleh digunakan setiap hari, dan 5GB data lagi hanya boleh digunakan hari Sabtu dan Ahad. Malah, 5GB data itu dibahagikan lagi mengikut minggu. Bermakna, setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad, pengguna menerima kuota data 1.25GB.

Digi

SmartPlan 75 memberi pengguna 7GB data dan panggilan tanpa had, dengan bayaran RM75 sebulan. SMS tanpa had juga boleh digunakan, tetapi terhad kepada 3 rakan dan keluarga di dalam rangkaian Digi sahaja.
Jika 7GB data tidak mencukupi, Digi menawarkan data tambahan pda harga RM8 untuk 1GB, yang boleh digunakan dalam masa 2 hari.

U Mobile

Pelan Hero dari U Mobile yang memberi impak besar dan menggemparkan syarikat telekomunikasi lain, memberi pengguna 7GB data dan panggilan tanpa had dengan hanya RM70 sebulan. Ia adalah pelan paling murah untuk panggilan tanpa had.
Tetapi penggunaan SMS akan dicaj. 3 sen ke talian U Mobile dan 8 sen ke talian lain. Untuk data tambahan, pengguna U Mobile hanya perlu membayar RM10 untuk mendapatkan 1.5GB data, yang boleh digunakan dalam masa 3 hari.

Maxis

Maxis mungkin yang pertama menawarkan pelan panggilan tanpa had, tetapi ia juga adalah pelan paling mahal untuk dimiliki. Bermula dengan MaxisONE 98, pengguna perlu membayar RM98 untuk panggilan dan SMS tanpa had, dan hanya 1GB data sebulan.
Ia dilihat jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan Celcom FiRST Gold, yang memberikan tawaran yang sama. Malah, data tambahan berharga RM30 untuk 1GB. Ianya agak pelik, kerana Hotlink menawarkan 4GB data, hanya RM48 sebulan.

Kesimpulan

Pengguna perlu sedar, harga bukan faktor utama dalam pemilihan pelan. Beberapa perkara lain harus diambil kira. Paling penting adalah liputan rangkaian, samada 4G ataupun 3G. Kualiti rangkaian juga boleh menjadi ukuran, sambungan data yang tidak terhenti-henti dan panggilan suara yang jelas.
Selain ini, sokongan pelanggan terbaik yang memberi kemudahan terhadap sebarang kesulitan yang dihadapi, boleh memberikan pengguna lebih ketenangan.
Tawaran tambahan adalah satu faktor yang banyak ditekankan oleh syarikat telekomunikasi sendiri. Selain data, panggilan dan SMS, pengguan perlu melihat apakah servis lain yang boleh mereka gunakan, secara percuma atau dengan bayaran minima.
Celcom memberikan Yonder, strim muzik percuma untuk penggunanya. Digi pula, baru mengumumkan strim video iflix, percuma selama 12 bulan. Maxis pula, menawarkan Spotify, strim muzik paling popular tetapi untuk pengguna MaxisONE 128 ke atas sahaja.
U Mobile mungkin paling agresif memberi nilai tambah kepada penggunanya. Selain strim muzik percuma melalui KKBox, pengguna boleh menonton YouTube dan Tonton tanpa caj data, dari jam 2AM sehingga 10AM. Malah, perayauan data 50MB percuma kepada negara terpilih turut menjadi tarikan utama.

http://theskop.com/2016/02/perbandingan-pelan-pascabayar-dengan-panggilan-tanpa-had-di-malaysia/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com