Celcom FiRST Gold Dinaiktaraf Dengan Panggilan & SMS Tanpa Had Pada Harga Lebih Rendah

Share Button
Bermula dengan Maxis, diikuti oleh Digi dan U Mobile. Akhirnya Celcom kini menawarkan pelan pascabayar dengan panggilan internet tanpa had. Pelan Celcom FiRST Gold yang dilancarkan November tahun lalu, kini dinaiktaraf dengan panggilan dan SMS tanpa had.
Bukan itu saja, Celcom turut menurunkan kadar langganan pascabayar FiRST Gold, daripada RM100 menjadiRM80 sahaja. ia boleh dikatakan setanding dengan Digi SmartPlan RM75 dan U Mobile Hero RM70. Tetapi ia menyatakan, tawaran ini berjalan dari 2 Februari sehingga 31 Mac 2016 sahaja.
Dengan tawaran ini, Celcom FiRST Gold (Voice & Internet) akan menerima 15GB internet setiap bulan dalam tiga jenis: 5GB data bulanan + 5GB data hujung minggu (sabtu & ahad) + 5GB data di WifiPlus Celcom.
Celcom FiRST Gold - 15GB data dan panggilan tanpa had
Selain ini, pengguna pascabayar FiRST Gold (Voice & Internet) layak menikmati panggilan dan SMS tanpa had, ke seluruh talian di Malaysia. Tawaran ini dilihat lebih menarik dari pelan telco yang lain. Kerana Digi danU Mobile hanya memberikan panggilan tanpa had dengan SMS dicaj. Manakala pelan MaxisONE terlalu mahal.
Pelan pascabayar Celcom FiRST Gold turut membolehkan pengguna membawa baki kuota yang tidak habis digunakan, sehingga 5GB ke bulan hadapan. Malah bonus data 1GB diberikan jika bil pengguna melebihi RM225, dan bonus 2GB untuk bil melebihi RM500.
Celcom FiRST Gold - Internet Bonus
Celcom juga memberikan servis strim muzik Yonder secara percuma, selama 12 bulan kepada pengguna FiRST Gold. Celcom juga sedang menjalankan promosi meraikan pelanggan, dengan memberikan tiket wayang percuma, serta petrol percuma sebelum ini. Dijangka, Celcom akan memberikan kupon makanan percuma bulan ini.
Jika anda berminat untuk melanggan pelan baru Celcom FiRST Gold (Voice & Internet) yang datang dengan panggilan dan SMS tanpa had, segera ke mana-mana Blue Cube atau Pusat Servis Celcom berhampiran. Untuk maklumat lanjut, layari laman Celcom FiRST Gold.

http://theskop.com/2016/02/celcom-first-gold-dinaiktaraf-dengan-panggilan-sms-tanpa-had-pada-harga-lebih-rendah/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com