Lenovo Vibe X3 Tambah Menyerikan Tahun Baru Cina

a

Share Button
Januari kini di penghujung. Ketibaan Februari menandakan perayaan Tahun Baru Cina akan tiba. Untuk meraikannya, Lenovo Malaysia membawakan telefon pintar utama terbaru mereka, Vibe X3 bersama tawaran khas Tahun Baru Cina.
Telefon Lenovo Vibe X3 yang tiba di Malaysia, adalah versi berkuasa tinggi, bukannya edisi Youth. Ia dikuasakan CPU Qualcomm 6-teras, Snapdragon 808 berkelajuan 1.8GHz, bersama 3GB RAM LPDDR3 dan 32GB storan dalaman.
Lenovo Vibe X3 - depan sisi belakang Putih
Slot kad mikroSD sedia menerima storan tambahan sehingga 128GB, serta dua lagi slot kad sim. Kedua-dua slot kad sim ini menyokong 4G LTE.
Skrin Vibe X3 sebesar 5.5-inci, mempunyai resolusi HD penuh. Ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 3.
Lenovo Vibe X3 - kamera belakang dan pengimbas capjari
Di bahagian kamera, ia mempunyai kamera sebesar 21MP di belakang, yang dilengkapi autofokus pengesanan fasa (PDAF) dan dwi-tona LED Flash. Kamera depannya pula 8MP. Ia juga memiliki pengimbas capjari, di bawah kamera belakang.
Satu ciri utama yang terdapat pada telefon utama Lenovo masakini, adalah sistem audio Dolby Atmos. Di Vibe X3, ia dikuasakan dua pembesar suara yang terdapat di depan. Sistem bunyi ini dilengkapi teknologi Hi-fi 3.0, yang dijana cip amplifier OPA1612, cip DAC ESS ES9018K2M dan cip audio Wolfson WM8281.
Lenovo Vibe X3 - Dolby Atmos dan dua pembesar suara depan
Bateri di dalam Vibe X3 berkapasiti 3,500mAh, tetapi tiada dinyatakan pengecasan pantas bersamanya. Sistem operasinya diuruskan oleh Android 5.1 Lollipop, dengan antaramuka khas Lenovo sendiri.
Telefon pintar Lenovo Vibe X3 dijual di Malaysia pada harga RM1,899 termasuk GST. Untuk pembelian sebelum 14 Februari 2016, pembeli akan menerima kad mikroSD 32GB dan ‘Nut Smart Tracker’ percuma.
Malah, pembeli turut berpeluang menyertai cabutan bertuah Lenovo, yang diadakan sempena Tahun Baru Cina. Cabutan bertuah ini boleh disertai dalam talian, di sini.
Maklumat lanjut telefon ini boleh didapati di laman produk Lenovo Vibe X3 Malaysia.

http://theskop.com/2016/01/lenovo-vibe-x3-tambah-menyerikan-tahun-baru-cina-di-malaysia/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com