MWC 2016: Huawei Mengumumkan Huawei MateBook – Pesaing iPad Pro & Surface Pro

Belum lagi acara Mobile World Congress bermula, Huawei telah mengadakan pengumumannya sehari lebih awal. Jika pada tahun lalu mereka telah melancarkan peranti Huawei Watch, Talkband dan juga tablet, ia sedikit berlainan pada tahun ini. Mereka telah hadir dengan pesaing untuk iPad Pro dan Surface Pro, iaitu Huawei MateBook.
Peranti ini disasarkan pada golongan korporat, yang tidak memerlukan komputer riba dan bakal mencabar dominasi iPad Pro dan Surface Pro. Ia beroperasi menggunakan Windows 10 yang ditawarkan pada dua pilihan, iaitu Windows 10 Home atau Windows 10 Professional. Dari segi rekaan dan spesifikasi, ia agak nipis, senipis 6.9mm. Tablet 2 dalam 1 ini boleh digunakan sebegitu sahaja atau digunakan bersama-sama papan kekunci yang hadir pada 4 pilihan warna. Papan keuncinya juga boleh menjadi Kickstand seakan-akan Surface, dengan dua sudut dongakan iaitu 67 darjah dan 52 darjah.
Peranti ini dijana oleh cip pemprosesan Intel Generasi ke-6 Core-m dwi-teras dengan pilihan m3, m5, dan m7 sehingga 3.1GHz. Cip ini menekankan penggunaan kuasa yang rendah bagi memaksimumkan waktu operasi. Ia boleh beroperasi sehingga 10 jam lamanya. Ia ditawarkan pada dua pilihan RAM, iaitu 4GB dan 8GB. Kapasiti storannya pula menggunakan SSD, bermula 128GB sehingga 512 GB. Paparan skrinnya pula bersaiz 12-inci IPS LCD serta mempunyai resolusi 2K, 2160x 1440. Huawei turut mengatakan paparan skrinnya lebih baik dari iPad Pro dan Surface Pro, dengan nisbah badan dan paparan peranti ini yang lebih baik pada MateBook berbanding pesaingnya. Ia juga mempunyai pengesan cap jari membolehkan peranti ini dihidupkan dengan sekali sentuhan. Ia juga mempunyai dua pembesar suara Dolby Audio bagi kualiti bunyi yang bagus.
MWC2016 - Huawei Mate Book AnnounceIMG_0019MWC2016 - Huawei Mate Book AnnounceIMG_0022
Bagi melengkapkan peranti ini, Huawei turut menghadirkan MatePen, iaitu Stylus dengan penunjuk laser dan juga mempunyai butang untuk mengendalikan paparan persembahan (Clicker). Stylus ini boleh mengesan sehingga 2048 tahap tekanan untuk tujuan lukisan. Stylus yang menggunakan kuasa ini juga mampu dicas dengan pantas, dimana untuk satu jam pengecasannya membolehkan pengguna menggunakannya selama satu bulan. Satu lagi aksesori yang ditawarkan adalah MateDock, membolehkan MateBook dihubungkan padanya untuk pengecasan, atau penggunaan paparan skrin yang lebih besar.
MWC2016 - Huawei Mate Book AnnounceIMG_0042MWC2016 - Huawei Mate Book AnnounceIMG_0040MWC2016 - Huawei Mate Book AnnounceIMG_0036
Dari segi harga, Huawei MateBook akan dijual pada 6 pilihan spesifikasi bermula USD 699 untuk spesifikasi paling asas dengan cip Intel m3, 4GB RAM dan storan 128GB, sehingga USD 1599 untuk spesifikasi cip Intel m7, 8GB RAM dan storan 512GB. Bagi aksesori, papan kekunci MateBook yang dijual berasingan akan dijual pada harga USD 129, pena MatePen pada harga USD 59, dan kelengkapan ‘docking’ MateDock pada harga USD 89. Kami akan membawakan pandang pertama peranti ini tidak lama lagi.
MWC2016 - Huawei Mate Book AnnounceIMG_0038

https://amanz.my/2016105758/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com