Pelbagai peranti baru yang diperkenalkan akhir-akhir ini menyertakan sokongan USB Type-C bersama-sama dengannya. Bercakap mengenainya, CEO Asus mengatakan mereka akan mengintegrasikan sokongan tersebut pada telefon pintar Zenfone 3 mereka pada tahun hadapan.
CEO Asus bercakap kepada TrustedReviews, mengatakan mereka tidak mengintegrasikan sokongan tersebut pada telefon pintar Zenfone 2 kerana kos untuknya, selain pada masa yang sama nilai untuk pengguna. Seperti ramai sedia maklum, penggunaan USB Type-C masih tidak meluas, dan hanya beberapa peranti sahaja yang menggunakannya buat masa ini. Di Malaysia sendiri, peranti yang menggunakannya buat masa ini adalah Macbook 12-inci daripada Apple dan juga OnePlus 2.
Asus pada tahun ini telah memperkenalkan Zenfone 2 pada awal tahun dimana ketika itu mereka membuat kejutan dengan memperkenalkan memori 4GB RAM pada Zenfone 2. Jika mereka mengikut latar masa sama, maka kita mungkin akan dapat melihat pengumuman Zenfone 3 dilakukan Asus pada Januari 2016 kelak.
https://amanz.my/201597831/