This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Telefon Punca Kanser

aris – Pengguna-pengguna telefon bimbit berisiko menghidap kanser otak dan mereka dinasihatkan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan alat pendengaran telefon, kata beberapa pakar barah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut WHO, penggunaan SMS dan alat pendengaran telefon itu akan mengurangkan si pengguna terdedah pada gelombang telefon bimbit.
Medan frekuensi elektromagnetik radio yang dibebaskan telefon bimbit berisiko menyebabkan kanser pada manusia,” kata kenyataan Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) selepas persidangan lapan hari diadakan di Lyon Perancis kelmarin.
Pakar-pakar membuat rumusan itu berdasarkan penelitian ke atas kajian melibatkan manusia dan kajian epidemiologi yang menunjukkan peningkatan berlakunya glioma iaitu sejenis kanser otak,” kata Presiden IARC, Jonathan Samet.
Dua kajian utama menunjukkan mereka yang paling kerap menggunakan telefon bimbit lebih berisiko dijangkiti kanser otak, katanya dalam satu sidang akhbar melalui telefon.
Beberapa individu berisiko tinggi yang dipantau dalam kajian-kajian tersebut telah menggunakan telefon bimbit mereka pada kadar purata 30 minit sehari selama 10 tahun.
“Kami tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku sekiranya orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk tempoh masa yang lebih lama dan sepanjang hayat mereka,” kata Samet.
Terdapat sekitar lima bilion telefon bimbit berdaftar di dunia dan jumlah itu serta masa penggunaannya semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jelas IARC, bukti saintifik menunjukkan telefon bimbit berpotensi menyebabkan kanser tetapi ia masih perlu dibuktikan. – AFP

http://theskop.com/2011/06/telefon-punca-kanser/
Share:

MWC 2016: Huawei Mengumumkan Huawei MateBook – Pesaing iPad Pro & Surface Pro

Belum lagi acara Mobile World Congress bermula, Huawei telah mengadakan pengumumannya sehari lebih awal. Jika pada tahun lalu mereka telah melancarkan peranti Huawei Watch, Talkband dan juga tablet, ia sedikit berlainan pada tahun ini. Mereka telah hadir dengan pesaing untuk iPad Pro dan Surface Pro, iaitu Huawei MateBook.
Peranti ini disasarkan pada golongan korporat, yang tidak memerlukan komputer riba dan bakal mencabar dominasi iPad Pro dan Surface Pro. Ia beroperasi menggunakan Windows 10 yang ditawarkan pada dua pilihan, iaitu Windows 10 Home atau Windows 10 Professional. Dari segi rekaan dan spesifikasi, ia agak nipis, senipis 6.9mm. Tablet 2 dalam 1 ini boleh digunakan sebegitu sahaja atau digunakan bersama-sama papan kekunci yang hadir pada 4 pilihan warna. Papan keuncinya juga boleh menjadi Kickstand seakan-akan Surface, dengan dua sudut dongakan iaitu 67 darjah dan 52 darjah.
Peranti ini dijana oleh cip pemprosesan Intel Generasi ke-6 Core-m dwi-teras dengan pilihan m3, m5, dan m7 sehingga 3.1GHz. Cip ini menekankan penggunaan kuasa yang rendah bagi memaksimumkan waktu operasi. Ia boleh beroperasi sehingga 10 jam lamanya. Ia ditawarkan pada dua pilihan RAM, iaitu 4GB dan 8GB. Kapasiti storannya pula menggunakan SSD, bermula 128GB sehingga 512 GB. Paparan skrinnya pula bersaiz 12-inci IPS LCD serta mempunyai resolusi 2K, 2160x 1440. Huawei turut mengatakan paparan skrinnya lebih baik dari iPad Pro dan Surface Pro, dengan nisbah badan dan paparan peranti ini yang lebih baik pada MateBook berbanding pesaingnya. Ia juga mempunyai pengesan cap jari membolehkan peranti ini dihidupkan dengan sekali sentuhan. Ia juga mempunyai dua pembesar suara Dolby Audio bagi kualiti bunyi yang bagus.
MWC2016 - Huawei Mate Book AnnounceIMG_0019MWC2016 - Huawei Mate Book AnnounceIMG_0022
Bagi melengkapkan peranti ini, Huawei turut menghadirkan MatePen, iaitu Stylus dengan penunjuk laser dan juga mempunyai butang untuk mengendalikan paparan persembahan (Clicker). Stylus ini boleh mengesan sehingga 2048 tahap tekanan untuk tujuan lukisan. Stylus yang menggunakan kuasa ini juga mampu dicas dengan pantas, dimana untuk satu jam pengecasannya membolehkan pengguna menggunakannya selama satu bulan. Satu lagi aksesori yang ditawarkan adalah MateDock, membolehkan MateBook dihubungkan padanya untuk pengecasan, atau penggunaan paparan skrin yang lebih besar.
MWC2016 - Huawei Mate Book AnnounceIMG_0042MWC2016 - Huawei Mate Book AnnounceIMG_0040MWC2016 - Huawei Mate Book AnnounceIMG_0036
Dari segi harga, Huawei MateBook akan dijual pada 6 pilihan spesifikasi bermula USD 699 untuk spesifikasi paling asas dengan cip Intel m3, 4GB RAM dan storan 128GB, sehingga USD 1599 untuk spesifikasi cip Intel m7, 8GB RAM dan storan 512GB. Bagi aksesori, papan kekunci MateBook yang dijual berasingan akan dijual pada harga USD 129, pena MatePen pada harga USD 59, dan kelengkapan ‘docking’ MateDock pada harga USD 89. Kami akan membawakan pandang pertama peranti ini tidak lama lagi.
MWC2016 - Huawei Mate Book AnnounceIMG_0038

https://amanz.my/2016105758/
Share:

Celcom FiRST Gold Dinaiktaraf Dengan Panggilan & SMS Tanpa Had Pada Harga Lebih Rendah

Share Button
Bermula dengan Maxis, diikuti oleh Digi dan U Mobile. Akhirnya Celcom kini menawarkan pelan pascabayar dengan panggilan internet tanpa had. Pelan Celcom FiRST Gold yang dilancarkan November tahun lalu, kini dinaiktaraf dengan panggilan dan SMS tanpa had.
Bukan itu saja, Celcom turut menurunkan kadar langganan pascabayar FiRST Gold, daripada RM100 menjadiRM80 sahaja. ia boleh dikatakan setanding dengan Digi SmartPlan RM75 dan U Mobile Hero RM70. Tetapi ia menyatakan, tawaran ini berjalan dari 2 Februari sehingga 31 Mac 2016 sahaja.
Dengan tawaran ini, Celcom FiRST Gold (Voice & Internet) akan menerima 15GB internet setiap bulan dalam tiga jenis: 5GB data bulanan + 5GB data hujung minggu (sabtu & ahad) + 5GB data di WifiPlus Celcom.
Celcom FiRST Gold - 15GB data dan panggilan tanpa had
Selain ini, pengguna pascabayar FiRST Gold (Voice & Internet) layak menikmati panggilan dan SMS tanpa had, ke seluruh talian di Malaysia. Tawaran ini dilihat lebih menarik dari pelan telco yang lain. Kerana Digi danU Mobile hanya memberikan panggilan tanpa had dengan SMS dicaj. Manakala pelan MaxisONE terlalu mahal.
Pelan pascabayar Celcom FiRST Gold turut membolehkan pengguna membawa baki kuota yang tidak habis digunakan, sehingga 5GB ke bulan hadapan. Malah bonus data 1GB diberikan jika bil pengguna melebihi RM225, dan bonus 2GB untuk bil melebihi RM500.
Celcom FiRST Gold - Internet Bonus
Celcom juga memberikan servis strim muzik Yonder secara percuma, selama 12 bulan kepada pengguna FiRST Gold. Celcom juga sedang menjalankan promosi meraikan pelanggan, dengan memberikan tiket wayang percuma, serta petrol percuma sebelum ini. Dijangka, Celcom akan memberikan kupon makanan percuma bulan ini.
Jika anda berminat untuk melanggan pelan baru Celcom FiRST Gold (Voice & Internet) yang datang dengan panggilan dan SMS tanpa had, segera ke mana-mana Blue Cube atau Pusat Servis Celcom berhampiran. Untuk maklumat lanjut, layari laman Celcom FiRST Gold.

http://theskop.com/2016/02/celcom-first-gold-dinaiktaraf-dengan-panggilan-sms-tanpa-had-pada-harga-lebih-rendah/
Share:

APA ITU ROOT ( ANDROID SMARTPHONE )

 APA ITU ROOT ( ANDROID SMARTPHONE )


INFO SIMPLE TENTANG ROOT
AWAS !! WALAUPUN NAMPAK MUDAH DAN PENTING, ANDA DINASIHATKAN AGAR MEMPELAJARI SEDIKIT ILMU ASAS ANDROID DAN BAIK BURUK SETIAP PERISIAN.
ROOT TIDAK MENGHILANGKAN DATA2 ANDA DAN ROOT JUGA TIDAK MEMBUAT PHONE ANDA MENJADI SEMAKIN LAJU DAN MANTAP 

ROOT
Bermaksud membuka pintu sistem operasi / membina jambatan untuk berhubung ke ruangan sistem.

Telefon yg belum root digelar telefon standard. Di mana anda tidak dibenarkan untuk membuang software2 tertentu yg kilang dah letakkan. Kadang2 software tu tak penting dan tidak pun digunakan oleh anda tetapi anda tak boleh nak buang kerana anda tidak mempunyai hak dan kebenaran untuk berbuat demikian.

KENAPA PERLU ROOT
Agar kita mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menambah, membuang atau mengubahsuai phone kita.
Jika anda perasan, saiz storage internal anda tidak sama dengan saiz yang ditulis pada kotak ataupun iklan. Contohnya phone tersebut diiklankan dengan saiz internal sebesar 4gb tetapi bila kita tengok baki saiz selepas kita beli, ianya sudah berkurangan bukan? ( iklan tulis 4gb, tp lepas beli, baki cuma ada 2gb ) Ini kerana sebahagian saiz asal tersebut telah digunakan oleh kilang untuk letak sistem operasi dan software mereka. Kadang2 software mereka tu bukan kita guna pun. So mustahil kita boleh buang kesemuanya tanpa root dahulu phone tu. Itulah gunanya root. 

KELEBIHAN ROOT ( perlukan juga ilmu dan kemahiran asas android )
Anda boleh buang software2 dari kilang yang anda xsuka tu dan jimatkan penggunaan ram.
Anda boleh install semua software2 kelengkapan utk kerja2 ubahsuai phone anda.
Anda boleh tukar icon2 atau apa jua perkara yang diperlukan utk mencantikkan rupa sistem phone
Anda boleh menambah prestasi dan membaiki kelemahan2 kecil pada phone anda
Anda boleh buat backup sistem operasi phone anda
Anda boleh flash ( format ) phone anda menggunakan custom rom
Anda mempunyai kuasa penuh terhadap phone anda ( PALING BEST )

KEBURUKAN ROOT
Waranti phone secara automatik akan terbatal
Phone anda akan mengalami masalah sekiranya anda TER buang fail sistem operasi

ANTARA SOFTWARE POPULAR YG DIGUNAKAN SELEPAS ROOT
SuperSu
Root Explorer
Titanium Backup
Rom Manager
Rom Toolbox
Busybox
AdFree
Battery Saver Greenify
Battery Calibration Stat
Daemon Controller
Font Changer
Xposed ( Gravity Box )
Apps2sd

So saya harap pembaca2 sekalian dpt memahami serba sedikit tentang root , baik buruk dan kelebihannya dari artikel ini. Sekian terima kasih

http://ctscomputer.blogspot.my/2014/05/apa-itu-root-android-smartphone.html
Share:

Ingin Membeli Powerbank? Apakah Antara Ciri-Ciri Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Membeli?

Jikalau anda merupakan pengguna aktif peranti mudah-alih seperti kami, mungkin kebiasaan bateri telefon pintar anda akan bertahan sekitar sekitar 9 jam sahaja. Perkara ini sering menganggu, terutamanya apabila kita bekerja di luar. Sebagai alternatif untuk anda telefon pintar anda terpadam sebegitu sahaja, dan untuk kekalkan bateri telefon anda, salah satu peranti yang boleh membantu adalah powerbank.
Xiaomi PowerBank
Powerbank boleh dikatakan sebagai salah satu pengecas bateri mudah-alih, dan pelbagai pengeluar menawarkannya di pasaran. Kebanyakkannya boleh dikatakan hadir dari China, disamping beberapa pengeluar peranti seperti Nokia, Sony, Xiaomi dan lain-lain turut menawarkan powerbank jenama mereka tersendiri.
Dengan pelbagai penawaran ini, semestinya ia mungkin membuatkan anda sedikit sukar dalam membuat keputusan untuk membuat pembelian powerbank anda. Jadi, apakah antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian sebelum membelinya?
Input dan Output
Output yang dikeluarkan oleh sesuatu powerbank adalah salah satu perkara yang perlu diketahui sebelum anda membelinya, dan ia juga bergantung kepada peranti yang anda akan gunakannya untuk tujuan pengecasan.
Boleh dikatakan kebanyakkan telefon pintar hari ini boleh menerima pengecasan pada kadar 1A, dan beberapa telefon pintar yang menerima lebih daripadanya. Sebagai contoh, telefon pintar yang dilengkapi dengan sokongan Qualcomm Quick Charge boleh menerima kuasa pengecasan sehingga 2A melalui port USB – sekaligus membuatkan masa pengecasan menggunakanpowerbank lebih pantas berbanding kebiasaan.
Powerbank
Selain telefon pintar, beberapa tablet juga boleh menerima kuasa pengecasan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, iPad tidak boleh dicas pada kuasa 1A, dan memerlukan lebih daripadanya. Beberapa powerbank turut hadir dengan dua port pengecasan, dimana kebiasaannya pada 1A dan juga 2.1A.
Disamping output, bagaimana input ataupun bagaimana sesuatu powerbank dicas juga perlu diberi perhatian. Terdapat beberapa powerbank yang memerlukan kabelnya tersendiri dan tidak menggunakan kabel USB biasa untuk pengecasan. Perkara ini mungkin tidak digemari ramai memandangkan perlu menguruskan satu lagi kabel tambahan untuk disimpan.
Beberapa penjual powerbank juga turut menyarankan untuk menggunakan kabel yang didatangkan bersama-sama peranti yang dibeli untuk dihubungkan antara peranti dengan powerbank.
Kapasiti Storan
Kapasiti simpanan juga memainkan peranan penting dalam membuat pembelian powerbank anda. Secara kasarnya, boleh dikatakan dimana powerbank dengan kapasiti storan tenaga lebih tinggi akan bersaiz lebih besar dan lebih berat. Perkara ini mungkin memerlukan anda memilihnya berdasarkan kepada kemudahan anda membawanya ke mana-mana, dan tidak terganggu dengan saiz powerbank yang besar.
Disamping itu, dengan kapasiti bersaiz besar, ia juga akan mengambil masa pengecasan powerbank yang lebih lama untuknya – tetapi boleh digunakan untuk mengecas peranti beberapa kali berbanding dengan kapasiti bersaiz kecil.
Sering kali ramai yang membuat pengiraan berdasarkan kapasiti simpanan powerbank dan juga kuasa bateri telefon pintar. Pengiraan ini boleh dikatakan agak kurang tepat disebabkan kadang-kala kuasa hilang dalam sesetengah proses, selain mana kadang-kala powerbank turut digunakan bukan hanya ketika telefon pintar kehabisan bateri sepenuhnya.
Pastikan Jenama Asli
Dengan lambakan powerbank di pasaran pada hari ini, jenama dan keaslian powerbank tersebut sendiri perlulah diberi perhatian. Terdapat beberapa penjual yang menjual powerbank tiruan yang mana hadir dengan bateri berbentuk alkali dan tidak bertahan lama. Ia juga boleh dikatakan agak membahayakan peranti anda sendiri.
Untuk memastikan anda membeli pengecas asli, mungkin anda boleh mendapatkan powerbank tersebut daripada penjual atau pengedar rasmi sesuatu jenama, ataupun membeli terus melalui kedai-kedai mereka.
Powerbank
Kebanyakkan pengeluar peranti mudah-alih, seperti Sony, BlackBerry, dan sebagainya mempunyai powerbank mereka tersendiri. Jikalau inginkan sesuatu yang murah, mungkin anda boleh mendapatkan powerbank daripada pihak Xiaomi yang ditawarkan pada harga RM36 untuk kapasiti 10400mAh.
Lain-Lain
Lain-lain perkara yang turut boleh diberikan perhatian oleh anda ketika ingin membeli sesuatu powerbank adalah termasuk bilangan port yang disediakan untuk pengecasan, dan beberapa ciri-ciri tambahan. Powerbank berasaskan Li-Polimer juga dilihat lebih selamat dan mempunyai kadar kehilangan cas yang rendah berbanding beberapa powerbank lain.
Pengguna juga mungkin boleh memberikan perhatian kepada beberapa ciri-ciri keselamatan dan keserasian dengan peranti yang disertakan pada sesuatu powerbank sebelum membuat pembelian – untuk mengelakkan ia merosakkan peranti anda, ataupun meletup secara tiba-tiba.

https://amanz.my/201467687/
Share:

Hati-Hati Dengan Teknik Penjual Telefon Tiruan Di Jalanan

Musim raya menjelang tiba lagi dan dalam kemeriahan menyambut hari perayaan dengan barangan baru, pemilihan barangan baru terutamanya telefon pintar juga menjadi satu pilihan bagi mereka yang telah lama menginginkannya. Namun pada masa yang sama juga pengguna perlu diingatkan supaya berhati-hati dengan sebarang tawaran yang menarik, seperti peranti yang diketahui dijual pada harga ribuan ringgit, tetapi ditawarkan pada yang lebih rendah dan ‘mampu dibayar’, sekitar ratusan ringgit.
Kadang-kala kita akan ditegur oleh penjual telefon pintar dijalanan, baik di pusat membeli-belah, mahupun di tempat letak kereta serta stesen minyak. Tempat sahaja sudah menjadi satu faktor yang boleh menimbulkan syak wasangka, dimana mereka bukan beroperasi di kedai sebaliknya mereka dengan selamba menghulurkan tangan dan memulakan bicara menawarkan harga yang rendah untuk telefon yang sedang dipegang.
Saya sendiri mengalaminya apabila bapa saya terbeli Nokia N83 tiruan pada zaman kegemilangan Nokia N-Series. Pada suatu hari setelah bapa saya berseorangan menguruskan perkara melibatkan bank di The Mall berhadapan PWTC, beliau pulang dengan ceria sambil memberikan telefon tersebut untuk saya mencubanya. Namun sejurus selepas memegang telefon tersebut dan melihat pada skrin yang tidak berubah, saya tahu yang bapa saya telah ditipu sebanyak RM300 untuk telefon yang mempunyai operasi terhad, iaitu telefon replika.
Kemungkinan telefon tersebut telah ditukar – Telefon yang sebenar di poket kanan, dan telefon tiruan di poket kiri.
Sekaligus kegembiraan bertukar menjadi kekesalan dan bapa saya tidak percaya kerana telah melihat serta mencuba telefon yang benar-benar berfungsi malah boleh melakukan panggilan. Kemudian saya mengambil telefon saya yang pada ketika itu mungkin telefon asas dan dalam benak saya berfikir untuk cuba mendemonstrasikan semula kemungkinan senario yang berlaku.
Saya berlakon seperti penjual durjana tersebut, yang menggunakan telefon sebenar dan memberikan peluang untuk bapa saya mencubanya. Kemudian sewaktu pembayaran dimana bapa saya mengeluarkan dompet dan melihat wang dalam dompet, telefon sebenar yang digunakan telah saya masukkan ke poket seluar sebelah kanan, dan telefon replika dikeluarkan dari poket seluar sebelah kiri dan terus menghulurkannya sejurus pembayaran diterima. Dan bapa saya berasakan perkara sama berkemungkinan terjadi sewaktu transaksi yang telah berlaku.
Bapa saya juga berkongsi satu lagi maklumat iaitu sebelum beliau membeli telefon tersebut, beliau telah keluar dari bank. Terdapat kemungkinan penjual durjana ini telahpun mensasarkan bapa saya kerana sesiapa sahaja yang baru keluar dari bank, dan mungkin baru keluar selepas menggunakan mesin pengeluaran duit automatik lebih berpotensi untuk mempunyai duit yang banyak. Dan dengan telefon pintar yang diketahui berharga ribuan ringgit namun ditawarkan pada harga beratus ringgit, umpama orang mengantuk disorongkan bantal atau dalam meme popularnya – “Shut up and take my money”.
screenshot_466
Semasa saya melakukan carian untuk gambar telefon Nokia N73, kelihatan sememangnya terdapat model replika untuk N73 bertujuan untuk berjenaka atau memberikan telefon ini kepada kanak-kanak supaya mereka tidak dapat bermain dan menggunakan telefon N73 yang sebenar. Namun telefon replika ini mempunyai saiz, bentuk, serta berat yang sama dengan peranti sebenar, dan membolehkan sesiapa sahaja tertipu dengannya.
Bagaimana mencegah perkara ini terjadi?
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil iktibar dari kisah benar yang berlaku kepada bapa saya.
  • Elakkan untuk melakukan urusan perbankan secara perseorangan dan sentiasa berwaspada apabila membawa wang dalam jumlah yang banyak.
  • Jika tahu sesuatu peranti itu adalah terlalu murah berbanding harga asal, ada kemungkinan bakal berlakunya satu penipuan.
  • Jika melibatkan pembelian atas talian dan kemudian bertemu di alam nyata untuk melakukan transaksi pembelian tersebut, lakukaannya di tempat yang ramai orang serta bawa rakan/anak/saudara yang arif dengan peranti tersebut. Seperti contoh jika ada orang menawarkan iPhone 5 pada harga RM800, mungkin boleh membawa mereka yang biasa dengan iPhone untuk melakukan semakan.
  • Melakukan semakan nombor IMEI, atau semakan nombor peranti pada laman yang disediakan pengilang. Seperti contoh Oppo mempunyai laman khusus untuk menyemak nombor IMEI, dan bagi peranti Apple, anda boleh melihat status waranti pada laman selfsolve.apple.com.
  • Jangan berurusan dengan sebarang pembelian yang ditawarkan pada lokasi yang tidak sesuai seperti tempat letak kereta dan juga stesen minyak.
Oleh kerana itu kita dapat lihat pelbagai usaha dilakukan oleh jenama-jenama besar bagi mencegah pembelian peranti tiruan kerana pembelian peranti tiruan tidak memberikan sebarang manfaat apatah lagi ianya tidak akan dijamin oleh pengilang.
Diharap kita mengambil iktibar serta mengetahui berkenaan teknik-teknik penipuan yang biasa terjadi kepada pengguna. Jangan dalam keghairahan menyambut perayaan ataupun dalam ingin memberikan sesuatu hadiah anda mudah terpedaya dengan tawaran penjual peranti tiruan. Sentiasa beli peranti dari peniaga yang sah dan juga melakukan semakan menyeluruh terhadap peranti yang telah digunakan dan dijual semula.

https://amanz.my/201590896/
Share:

Kelebihan Android Lolipop

Google memang terus berinovasi dengan meluncurkan sistem operasi yang terbaru. Sesudah meluncurkan sistem operasi Android Jelly Bean dan KitKat, baru-baru ini sistem operasi terbaru Android besutan Google mengeluarkan Sistem Operasi Android Lolipop versi 5.0. Hal tersebut memang menjadi suatu yang wajar mengingat setiap penamaan di ambil setelah huruf selanjutnya.
Dengan adanya Android L ini atau Android Lolipop ini maka muncul produk baru yaitu phablet dan tablet. Untuk Phablet sendiri Nexus 6 dengan Motorola sebagai produsen dan Nexus 9 dengan HTC sebagai produsennya. Kabarnya akan di pasarkan pada 16 0ktober, namun kita tunggu saja untuk menantikannya.
Nah bagi anda yang ingin mengetahui apa saja yang ada pada Android 5.0 atau Android Lolipop ini, berikut merupakan informasi mengenai kelebihan Android Lolipop.
Android Lolipop

Kelebihan Android Lolipop

Dukungan Prosesor 64-bit
Sistem Operasi Android L atau lollipop ini menggunakan dukungan prosesor berbasis 64-bit. Hal ini seperti dengan prosesor Snapdragon 808 dan Snapdragon 810. Dengan adanya dukungan tersebut maka sudah tak di ragukan lagi mengenai masalah pada performa sistem operasi yang satu ini. Jadi seperti Nexus 6 dan Nexus 9 sudah menggunakan dukungan Prosesor berbasis 64-bit.
Up-Date Google Now
Google now merupakan asisten suara yang di miliki oleh Google. Google Now terlihat using ketika dengan hadirnya Siri milik Apple serta Cortana milik Windows. Dengan adanya sistem android Lolipop ini maka Google akan memberikan inovasi terbaru dengan mengintegrasikan ke berbagai perangkat atau piranti yang lainnya Google Now nantinya akan dapat juga terhubung dengan aksesoris atau piranti wearable serta piranti pandai lainnya. Baca Juga Aplikasi Penghemat Baterai di Android.
Segi Kesehatan
Untuk segi kesehatan pada versi Android Lolipop ini, pihak Google akan memberikan fitur kesehatan lebih kepada para pemakainya. Kabarnya fitur ini bakal terkoneksi dengan piranti werable, tidak hanya itu saja akan ada cara maksimal untuk mencatat kegiatan kesehatan kita seperti detak jantung, tekanan darah, dan lain-lain. Piranti Werable yang dimaksud salah satunya adalah Google Wear. Fitur terbaru ini di harapkan dapat bersaing dan menantang fitur yang sama ada di Sistem Operasi iOS 8 milik Apple yaitu HealthKit.
Sistem Keamanan Data
Dalam versi Android Lolipop 5.0 ini Google ingin mengusahakan mengubah cara pandang Android yang sampai saat ini mempunyai sistem keamanan yang rawan. Dalam versi Android 5.0 ini diberitakan akan ada sistem keamanan yang special membuat perlindungan para pemakai dari kemungkinan peretasan, pencurian data oleh hacker, dan kejahatan cyber lainnya. Tidak hanya itu saja serta jika perangkat anda dicuri nantinya akan dapat terus terhubung data yang ada pada di perngkat tersebut.
Sistem Keamanan Data Melalui Nada
Sidik jari yang ada pada produk Apple memang tengah banyak di bicarakan saat ini, namun hal ini tidak dengan Google. Google ingin membuat dan mendatangkan fitur canggih yang tidak sama dengan yang lainnya. Tampaknya suara sebagai pilihannya, informasi sistem keamanan berbasis nada lebih efisien daripada sidik jari.
Itulah kabar mengenai kelebihan Android Lolipop versi 5.0 yang dapat anda jadikan referensi. Dan perlu di ingat Pihak Google akan terus mengembangkan mengenai sistem operasi serta fitur baru yang akan di tambahkan pada versi sistem operasi pada Android terbaru tersebut. Sekian dan semoga bermanfaat.

http://tech.dbagus.com/kelebihan-android-lolipop
Share:

Luminid – Kabel Pengecas Peranti Berlampu

Adakah anda sering mengalami kesukaran mengecas peranti pada waktu malam? Lampu sudah dipadamkan, anak sedang nyenyak tidur di atas katil dan anda perlu mencari lubang pengecasan peranti di dalam kegelapan. Sekiranya anda menggunakan peranti MikroUSB, proses pengecasan menjadi dua kali sukar kerana anda tidak dapat melihat orientasi kabel dengan jelas. Oleh itu kabel pengecasan berlampu Luminid ini amat kami perlukan.
Kabel-Luminid-Berlampu
Ia mempunyai lampu LED terbina pada bahagian kepala. Lampu menyala secara automatik apabila disentuh oleh jari. Dengan adanya lampu kecil ini proses mengecas peranti di dalam suasana gelap tidak lagi menjengkelkan. Lampu pada kabel akan terpada dengan sendiri apabila ia mengesan sambungan yang betul pada port pengecasan. Terdapat versi MikroUSB dan Lightning. Kabel pengecasan Luminid ini dijual pada harga $16.95 (~RM 71) seutas.


https://amanz.my/2016104871/
Share:

Lenovo Vibe X3 Tambah Menyerikan Tahun Baru Cina

a

Share Button
Januari kini di penghujung. Ketibaan Februari menandakan perayaan Tahun Baru Cina akan tiba. Untuk meraikannya, Lenovo Malaysia membawakan telefon pintar utama terbaru mereka, Vibe X3 bersama tawaran khas Tahun Baru Cina.
Telefon Lenovo Vibe X3 yang tiba di Malaysia, adalah versi berkuasa tinggi, bukannya edisi Youth. Ia dikuasakan CPU Qualcomm 6-teras, Snapdragon 808 berkelajuan 1.8GHz, bersama 3GB RAM LPDDR3 dan 32GB storan dalaman.
Lenovo Vibe X3 - depan sisi belakang Putih
Slot kad mikroSD sedia menerima storan tambahan sehingga 128GB, serta dua lagi slot kad sim. Kedua-dua slot kad sim ini menyokong 4G LTE.
Skrin Vibe X3 sebesar 5.5-inci, mempunyai resolusi HD penuh. Ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 3.
Lenovo Vibe X3 - kamera belakang dan pengimbas capjari
Di bahagian kamera, ia mempunyai kamera sebesar 21MP di belakang, yang dilengkapi autofokus pengesanan fasa (PDAF) dan dwi-tona LED Flash. Kamera depannya pula 8MP. Ia juga memiliki pengimbas capjari, di bawah kamera belakang.
Satu ciri utama yang terdapat pada telefon utama Lenovo masakini, adalah sistem audio Dolby Atmos. Di Vibe X3, ia dikuasakan dua pembesar suara yang terdapat di depan. Sistem bunyi ini dilengkapi teknologi Hi-fi 3.0, yang dijana cip amplifier OPA1612, cip DAC ESS ES9018K2M dan cip audio Wolfson WM8281.
Lenovo Vibe X3 - Dolby Atmos dan dua pembesar suara depan
Bateri di dalam Vibe X3 berkapasiti 3,500mAh, tetapi tiada dinyatakan pengecasan pantas bersamanya. Sistem operasinya diuruskan oleh Android 5.1 Lollipop, dengan antaramuka khas Lenovo sendiri.
Telefon pintar Lenovo Vibe X3 dijual di Malaysia pada harga RM1,899 termasuk GST. Untuk pembelian sebelum 14 Februari 2016, pembeli akan menerima kad mikroSD 32GB dan ‘Nut Smart Tracker’ percuma.
Malah, pembeli turut berpeluang menyertai cabutan bertuah Lenovo, yang diadakan sempena Tahun Baru Cina. Cabutan bertuah ini boleh disertai dalam talian, di sini.
Maklumat lanjut telefon ini boleh didapati di laman produk Lenovo Vibe X3 Malaysia.

http://theskop.com/2016/01/lenovo-vibe-x3-tambah-menyerikan-tahun-baru-cina-di-malaysia/
Share:

Elak Kena Kencing, Kenali Pusat Khidmat Pelanggan Telefon Anda Di Kelantan

Pusat khidmat pelanggan atau service center menjadi nadi kepada sesebuah syarikat terutama syarikat berkaitan mudah alih seperti telefon bimbit memandangkan ia merupakan lokasi atau tempat rujukan bagi masalah-masalah tertentu.
Sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna telefon bimbit menagih khidmat lepas jualan yang baik di mana ia membantu menyelesaikan masalah yang berlaku selepas pembelian meskipun masalah tersebut mungkin remeh.
Misalnya, masalah sistem operasi, ‘hang’, ciri telefon tidak berfungsi dan banyak lagi yang kesemuanya perlu dirujuk kepada pusat khidmat pelanggan.
Boleh saja pelanggan terus pergi ke kedai yang kononnya membaiki telefon namun ada yang cuba mengambil kesempatan mengenakan caj tinggi tidak masuk akal walhal masalah tersebut tidaklah mendatangkan sebarang kos.
Di sinilah pentingnya pusat khidmat pelanggan namun perlu diingat ia hanya untuk telefon yang asli saja.
Kali ini, TheSkop senaraikan pusat khidmat pelanggan bagi penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan:
ASUS
Pengendali: BIT C Enterprise
Telefon: 1300-883495
Alamat: Tingkat 1, Pt 2303, Taman Kota Sri Suria SBJ, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200, Kota Bahru, Kelantan
Waktu buka: Isnin – Jumaat (10pg – 7ptg)
SAMSUNG
Pengendali: Samsung Malaysia Service Centre
Telefon: +60 1-800-88-9999
Alamat: No. 893-B, Jalan Sultanah Zainab, Kelantan
Pengendali: Samsung ExpressService Center Kota Bharu
Telefon: +60 9-748 0333
Alamat: PT 523, Jalan Jambatan Sultan Yahya Petra, Kampung Sireh, Bawah Lembah
Waktu buka: Isnin – Ahad (10pg-9mlm)
HUAWEI
Pengendali: SEMS Service Sdn Bhd
Telefon: 09-7433633
Alamat: Lot 390, 1st Floor, Jalan Jambatan Yahya Petra, Seksyen 17, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu buka: Isnin – Rabu (10pg – 7ptg), Khamis (10pg-12.30tgh)
LENOVO
Syarikat pengendali: Mobile Technic Sdn Bhd Kota Bahru
Telefon: 09-7433633
Alamat: Lot 390, 1st floor, Jalan Jambatan Yahya Petra, Seksyen 17, 15150, Kota Bharu, Kelantan
Waktu buka: Sabtu – Rabu (10pg hingga 7ptg), Khamis (10pg hingga 2petang)
OPPO
Pengendali: Oppo Service Center
Telefon 09-7430372
Alamat: 4727-F, Jalan Bayam Lama 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu buka : Isnin – Ahad (9pg-6ptg)
VIVO
Pengendali: Vivo Service Center
Telefon: 09-7442978 / 01123106958
Alamat: Tingkat Bawah, PT226, Jalan Kebun Sultan, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Waktu buka: Ahad – Jumaat (9.30pg-6ptg)
XIAOMI
Pengendali: Xiaomi Service Center
Telefon: 09-7433633
Alamat: Lot 390, 1st Floor, Jalan Jambatan Sultan Yahya Petra, Seksyen 17, 15150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Waktu buka: Sabtu – Rabu (10pg-7ptg), Khamis (10pg-2ptg)
LEAGOO
Pengendali: 81 Mobile Distribution S/B
Telefon: 011-22221218
Alamat: Tkt 4-08, Bangunan Kota Sri Mutiara (Billion Shopping Centre), 15150, Kota Bahru,
SONY MOBILE
Pengendali: Phoenix Tech
Telefon: 09-7442296
Alamat: PT1820 Jalan Hospital Taman Kenangan Kg Paya Bemban Kota Bharu Kelantan-15200
Waktu buka: Isnin – Jumaat (8.30pg-5.30ptg), Jumaat (8.30pg – 12.30tgh)

http://theskop.com/2016/02/25815/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com