Whatsapp Ditambah Fungsi Pelbagai Gaya Tulisan

Share Button

Sistem permesejan pelbagai platform kegemaran‎ ramai, Whatsapp dilihat menambah fungsi baru hampir setiap minggu. Terkini, kami menemui satu fungsi baru yang nampaknya tidak berapa penting, tapi agak menarik.
Fungsi baru ini kelihatan hanya berfungsi di platform iOS buat masa ini. WhatsApp kini boleh ditaip dengan pelbagai gaya tulisan seperti ini, ini dan ini. Atau dalam bahasa inggeris, BOLD, italic dan strike.
gaya tulisan BOLD di Whatsapp
Untuk menjadikan tulisan tebal, hanya tambah bintang atau asterisk di depan dan belakang perkataan tersebut. Contohnya seperti ini: *tebal*.
Untuk italic pula, tambah ‘underscore’ sebelum dan selepas perkataan seperti ini: _italic_.
Bagi strike pula, gunakan simbol ‘~’ sebelum dan selepas perkataan seperti ini: ~strike~
Hasilnya, akan kelihatan seperti gambar di bawah:
gaya tulisan Whatsapp normal bold italic strike
Adakah Whatsapp merancang untuk menjadikan sistem permesejannya seperti Word, dengan menambah lebih banyak gaya tulisan. Seperti saiz tulisan, ataupun warna tulisan.
Jika Whatsapp menjadi lebih dinamik, apakah fungsi yang paling anda mahu diadakan ditambah ke dalam Whatsapp? Mana tahu, ia bakal menjadi kenyataan.

http://theskop.com/2016/03/whatsapp-ditambah-fungsi-pelbagai-gaya-tulisan/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com