Tablet sering digunakan untuk melayani video dan bermain games kerana saiz skrinnya yang besar tetapi masih mudah dibawa kemana-mana. Tambahan pula, terdapat banyak jenis tablet daripada pelbagai pengeluar pada masa ini masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Tablet yang memiliki resolusi skrin yang tinggi mampu menjamin kepuasan semasa melayani video manakala speakernya pula perlu seiring dengan paparan daripada segi penghasilan bunyi. Namun begitu, tiadalah guna jika masa penggunaan dihadkan kerana kekurangan kuasa bateri. Ruang penyimpanan yang luas pula diperlukan untuk menyimpan video mahu pun audio yang berkualiti tinggi manakala fungsi WiFi dan 3G/4G mampu menjamin anda tidak akan ketandusan kandungan untuk untuk ditonton.
Setelah meneliti, menimbang tara dan menyaring model-model tablet daripada pelbagai jenama, berikut adalah hasil sulingan kami, 5 tablet mesra wang yang sesuai digunakan untuk menikmati kandungan multimedia.
Acer Iconia Tab 10
10.1” WUXGA (1920×1200)
Android OS
Mediatek MT8127
2 GB RAM
16 GB Ruang Simpanan Dengan Slot MikroSD
Speaker Stereo dengan Bunyi Dolby Atmos
Bateri Berkuasa 5700 mAh
| |
Lenovo Tab A8-50
8″ WXGA (1280×800)
Android OS
Mediatek MT8735
1 GB RAM
8/16 GB Ruang Simpanan Dengan Slot MikroSD
Speaker Stereo dengan Bunyi Dolby Atmos
Bateri Berkuasa 4290 mAh
| |
Asus ZenPad 7
7” WXGA (1280×800)
Android OS
Intel Atom x3-C3230
2 GB RAM
16 GB Ruang Simpanan Dengan Slot MikroSD
Speaker Tunggal Dengan Bunyi DTS HD
Bateri Berkuasa 3450 mAh
WiFi+3G
| |
Lenovo Miix 300
10.1” WXGA (1280×800)
Windows OS
Intel Atom Z3735F
2 GB RAM
Speaker Tunggal
Hadir Dengan Papan Kekunci Fizikal
Slot MikroSD Tersedia
| |
Acer Iconia Talk S
7” WXGA (1280×800)
Android OS
Snapdragon 410 MSM 8916
1 GB RAM
16 GB Ruang Penyimpanan Dengan Slot MikroSD
Speaker Stereo
Bateri Berkuasa 3780 mAh
WiFi+4G
|