7 Telefon Yang Tidak Memerlukan Powerbank

Telefon Snapdragon 820

Telefon Snapdragon 820

Sebanyak 7 telefon telahpun tersedia dengan cip prosesor Qualcomm Snapdragon 820 yang mempunyai ciri baru lebih hebat membantu penggunaan telefon pintar anda.
Tujuh telefon yang tersedia tersebut adalah Samsung Galaxy S7/S7 edge, LG G5, HP Elite X3, Xiaomi Mi5, LeEco Le Max Pro, Sony Xperia Performance serta Vivo Xplay 5S.
Antara ciri penting yang menjadi cip Snapdragon 820 lebih bagus termasuk penggunaan bateri lebih lama dan cas pantas selain tangkapan gambar pada pencahayaan yang sangat minimum.
Qualcomm memasang teknologi baru dalam Snapdragon 820 yang menampilkan pemproses isyarat dwi-imej Spectra 14-bit yang memasukkan lebih banyak cahaya ketika menangkap gambar pastinya memberi kemudahan kepada pengguna yang kerap berada di lokasi yang agak gelap ketika berjalan-jalan namun masih mahu berselfie dan merakam imej lain.
Prosesor kamera di dalam akan menambah keupayaan pada cip DSP HVX kamera yang ada dalam Hexagon 680 (cip kamera Qualcomm sebelum ini) yang menyepadukan segala-galanya pada satu cip untuk tujuan di atas selain memperbaharui ciri zum.
Snapdragon 820 juga berita baik kepada pengguna yang terpaksa membawa powerbank ke mana saja mereka pergi kerana cip baru tersebut menambah 30% tenaga bateri sedia ada.
Sebelum ini, mana-mana cip prosesor Snapdragon membolehkan pengguna memperoleh jangka hayat bateri selama 8 hingga 9 jam namun dengan 820, ia bertambah kepada 11.7 jam pada teorinya bagi penggunaan aktif. Mengikut kajian, penggunaan aktif pengguna ialah antara 7 hingga 8 jam.
Teknologi Quick Charge 3.0 yang datang dalam Snapdragon juga membolehkan pengguna mengecas telefon dari kosong hingga 80% dalam tempoh hanya 35 minit.

http://theskop.com/2016/03/7-telefon-yang-tidak-memerlukan-powerbank/



Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com