Dua Aplikasi Pantau Cuaca Panas Sekarang

Share Button
Fenomena El Nino mengakibatkan cuaca panas dan kering hingga menyebabkan taburan hujan berkurangan sehingga orang ramai dinasihati supaya mengehadkan sebarang aktiviti luar rumah bagi mengelak kemudaratan pada kesihatan berikutan keadaan cuaca yang panas selain berjerebu.
Cuaca kering ini dijangka berterusan sehingga penghujung April atau awal Mei depan dan pastinya kita mahu memantau keadaan cuaca sebelum merancang aktiviti luar kita. Bagaimana untuk melakukannya?
Bagi pengguna iOS seperti iPhone atau iPad, sudah tersedia aplikasi Weather dalam iOS yang memaklumkan keadaan suhu semasa.
Selain itu, terdapat pemakluman setiap jam dan mengikut hari dengan purata suhu membolehkan kita melihat dulu keadaan semasa sebelum melakukan aktiviti luar.
Aplikasi Yahoo! Weather
Untuk pengguna Android pula, dengan aplikasi yang hampir sama berbanding aplikasi natif Android itu sendiri, anda boleh memuat turun aplikasi Yahoo! Weather yang agak terperinci dengan makluman cuaca semasa dalam selsius atau fahrenheit selain keadaan angin.
Sedikit sebanyak ia mungkin membantu sekiranya berlaku cuaca panas dan anda merasakan sedikit angin boleh menghilangkannya seketika. Ia juga menyediakan purata suhu seharian pada waktu siang dan malam dan ramalan cuaca.

http://theskop.com/2016/03/dua-aplikasi-pantau-cuaca-panas-sekarang/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com