This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sony Umum Promosi “Sambutlah Raya Bersama Xperia X Baharu”

Share Button
Sony Malaysia hari ini mengumumkan promosi “Sambutlah Raya Bersama, Xperia X Baharu”. Promosi yang berlangsung antara 22 Jun sehingga 17 Julai itu, diadakan bersempena bulan Ramadan dan Syawal ini. Sepanjang tempoh promosi, setiap pembelian Xperia X atau Xperia XA akan menerima hadiah percuma. Mereka akan menerima case silikon dan pelindung skrin.
Pengguna Xperia sedia ada turut tidak ketinggalan untuk menikmati promosi ini. Mereka layak menebus jaminan Screen Warranty Care+ apabila mereka menaik taraf sebarang peranti Xperia lama mereka kepada Xperia X. Dibawah jaminan ini, pihak Sony Mobile akan menanggung kos membaiki skrin retak sebanyak sekali dalam tempoh 12 bulan jaminan peranti itu.
Xperia X adalah sebuah telefon bersaiz 5 inci dengan paparan beresolusi penuh 1080p. Ia digerakkan oleh Snapdragon 650 dengan RAM sebesar 3GB. Storan yang diberikan adalah seluas sehingga 64GB dan memiliki satu slot mikro-SD. Bateri yang menguasakan peranti ini adalah sebesar 2,620mAh.
Xperi XA pula adalah varian yang lebih murah. Ia menggunakan pemproses MediaTek Helip P10 dengan RAM sebesar 2GB. Satu slot mikro-SD disediakan untuk melengkapi ruang storan dalam seluas 16GB. Baterinya pula adalah sedikit kecil iaitu 2,300mAh.
Salah satu kelebihan Xperia X yang unik terletak pada teknologi yang diguna pakai pada kameranya. Predictive Hybrid Autofocus adalah fungsi penjejak subjek untuk memastikan subjek sentiasa berada pada satah fokus. Fungsi ini biasanya terdapat pada kamera yang lebih canggih seperti DSLR.

Xperia X dijual pada harga RM2,499 manakala Xperia XA pada RM1,199.

http://theskop.com/2016/06/sony-umum-promosi-sambutlah-raya-bersama-xperia-x-baharu/
Share:

M4GIC SIM, Magis Terbaharu Daripada Celcom

Share Button
Selepas Maxis melakukan penambahbaikkan pada pelan prabayar mereka melalui Hotlink FAST Prepaid, Celcom juga tidak mahu ketinggalan. M4GIC SIM adalah kesinambungan kepada pelan MAGIC SIM yang telah mereka lancarkan Jun tahun lalu.
Berbanding MAGIC SIM yang lama, kadar panggilan pada M4GIC SIM adalah sekali ganda lebih tinggi iaitu pada kadar 24 sen seminit. Walau bagaimanapun, satu ciri baharu yang tiada pada versi sebelum ini adalah panggilan sesama rangkaian adalah percuma tanpa had.
Jika sebelum ini, pengguna MAGIC SIM boleh menikmati Internet Asas tanpa had, pada NEW M4GIC SIM mereka telah dihadkan kepada 500MB. Tambah menyedihkan, M4GIC SIM tidak lagi menyediakan Internet Burung Hantu percuma tanpa had, ia perlu dibeli malah mempunyai kuota!
m4gic sim rate
Selain itu, mereka juga memperkenalkan produk Tambah Nilai M4GIC yang baru. Tambah Nilai M4GIC membolehkanan pengguna M4GIC SIM memilih pelan Internet yang sesuai dengan gaya penggunaan mereka. Tambah Nilai M4GIC hadir dalam lima jenis, S, M, L, XL dan 2XL.
S adalah pelan Harian berharga RM8 dengan quota data sebanyak 1GB. M pula adalah pelan Mingguan yang menyediakan data sebanyak 1GB pada harga RM18.
Bagi pelan bulanan pula, L (RM38), XL (RM48), dan 2XL (RM68) masing-masing menyediakan data sebanyak 4GB, 5GB, dan 7GB. Tetapi, daripada jumlah kuota yang diperoleh pengguna untuk pelan bulanan, 2GB dikhususkan untuk penggunaan pada hujung minggu sahaja. Selain daripada data, semua Tambah Nilai M4GIC memberikan panggilan tanpa had dalam kalangan rangkaian Celcom.
m4gic sim pelan internet
Pada harga RM5, pengguna juga boleh mendengar muzik tanpa had melalui portal Yonder Music dan menerima sebanyak 10GB data untuk Internet Burung Hantu. Tidak sempat menghabiskan data bulan itu? Usah risau, ia akan dibawa ke bulan berikutnya.
Selain itu, pengguna yang melanggan Pelan Internet Bulanan XL dan 2X akan turut menerima panggilan percuma ke rangkaian lain, masing-masing sebanyak 30 minit dan 60 minit.
celcom m4gic reload
Bersama-sama tawaran yang lain, pengguna M4GIC SIM juga menerima akses Internet Asas PERCUMA untuk digunakan bersama aplikasi mesej seperti Whatsapp WeChat, dan Facebook Messenger. Bagi pengguna baharu, 200MB data dan RM6 kredit disediakan percuma apabila mereka membeli pek permulaan yang berharga RM10.
Pengguna MAGIC SIM yang lama masih terus boleh menggunakan pelan mereka seperti biasa dan pek permulaan MAGIC SIM masih boleh dibeli seagi stok masih ada.
Maklumat lanjut tentang M4GIC SIM boleh dirujuk di laman produk tersebut.

http://theskop.com/2016/04/m4gic-sim-magis-terbaharu-daripada-celcom/
Share:

IPhone SE Mula Dijual Secara Rasmi Bermula 13 Mei Ini

Share Button
Peminat telefon kecil yang ingin mendapatkan telefon 4-inci paling berkuasa dalam pasaran masa ini boleh mula mendapatkan iPhone SE bermula 13 Mei ini.
Menurut dua laman Facebook penjual produk Apple bertauliah di Malaysia, Switch dan Mac City, masing-masing telah menulis berkenaan penjualan iPhone SE di kedai dalam talian masing-masing bermula 13 Mei ini. Selain itu, U Mobile juga tidak ketinggalan memulakan pengiklanan iPhone SE pada laman web mereka pada harga serendah RM705.
 iPhone SE Mac City FBiPhone SE Switch FB
iPhone SE adalah telefon kecil yang mempunyai kemampuan sama seperti iPhone 6. Terdapat 4 pilihan warna ditawarkan untuk pengguna iaitu warna perak, kelabu, emas, dan merah jambu. Apple Malaysia mengumumkan harga rasmi iPhone SE pada bulan lepas tetapi tidak mengumumkan tarikh penjualannya.

http://theskop.com/2016/05/iphone-se-mula-dijual-secara-rasmi-bermula-13-mei-ini/
Share:

Perbandingan Pelan Pascabayar Termasuk Talian Tambahan/Pelan Keluarga

Intro

Share Button
Bulan April yang baru berlalu, menyaksikan pertarungan sengit di alam rangkaian telekomunikasi mudahalih di Malaysia. Semua telko dilihat cuba mempamerkan produk terbaru yang mengatasi lawan yang lain.
Apa yang pasti, pengguna kini menerima semakin banyak data hasil dari peperangan pascabayar ini. Ia bukan dalam bentuk kuota data bulanan sahaja, tetapi juga dalam bentuk strim muzik dan video.
Selepas semua pembaharuan ini, apakah pelan pascabayar terbaik untuk anda? Kami turut menganalisa pelan talian tambahan, yang sering digunakan sesama ahli keluarga di Muka 2. Mari kita sama-sama selidiki.

Maxis

Maxis membawa bala tentera serba baru, melalui pelan MaxisONE yang dipertingkatkan. Semua pelan MaxisONE kini menerima lebih banyak data. Contohnya MaxisONE 98 menerima 5GB dari 1GB sebelum ini, dan MaxisONE 188 kini memiliki 20GB data berbanding 7GB sahaja bulan sebelumnya.
Selain itu, talian tambahan MaxisONE Share turut ditambah kuota data 5GB, yang kini dikongsi bersama talian utama, selain panggilan dan SMS tanpa had. Perkongsian data ini tidak banyak bezanya dengan apa yang dilakukan pelan U Mobile Hero Plus.
Maxis turut menawarkan data tambahan khas 5GB, untuk penstriman video melalui 4 platform iaitu iflix, viu, Eros now dan hopster.

Digi

Tidak banyak perubahan dilihat pada pelan Digi. Tetapi Digi sebenarnya paling pantas bereaksi dengan pelancaran pelan baru telko lain. Contohnya, pelan Digi Postpaid 238 Lebih Internet kini ditambah data menjadi 30GB sebulan dari 20GB sebelumnya. Manakala Digi Postpaid 238 Lebih Panggilan pula dinaikkan ke 25GB data dari 13GB data.
Digi turut menambah satu lagi tawaran baru, iaitu data hujung minggu. Dengan tambahan RM2 sebulan, pelan Digi Postpaid 78 berubah menjadi Digi Postpaid 80 dan dibekalkan ekstra 3GB data hujung minggu. Ini sama seperti tawaran Celcom FiRST.
Untuk talian tambahan, tiada pelan khas kerana pengguna boleh menambah talian dengan melanggan mana-mana pelan Digi Postpaid. Kelebihannya, hanyalah panggilan dan SMS percuma antara talian utama dan talian tambahan.

Celcom

Celcom hanya melancarkan satu pelan baru, FiRST Platinum RM150 sebulan untuk pelanggan yang mahukan lebih banyak data dan menerima tawaran eksklusif. Ia menjadi tambahan kepada pelan Celcom FiRST sedia, iaitu FiRST Blue RM45 sebulan dan FiRST Gold RM80 sebulan. Tetapi tawaran harga langganan ini katanya, hanya sehingga 31 Mei 2016.
Talian tambahan Celcom juga tidak rumit, hanya ada satu pilihan. Bayaran RM30 sebulan membolehkan talian tambahan menerima 500MB data, 50 minit panggilan dan 50 SMS ke semua talian. Mungkin lebih baik untuk melanggan pelan FiRST Blue dengan tambahan RM15, yang memberikan 4GB data sebulan.

U Mobile

Tiada pelan baru dilancarkan U Mobile, tetapi tawaran terbarunya sangat mengancam. Bermula dengan tawaran U Mobile Hero P70 15GB, yang dilanjutkan ke 31 Disember 2016. Kemudian ia menawarkan data percuma untuk pengguna Waze.
Ini ditambah lagi dengan pengenalan Video-Onz, data khas penstriman video di 11 platform yang diberi percuma tanpa had untuk pengguna P70 ke atas. Seperkara lagi, U Mobile turut mengumumkan perayauan data percuma U Mobile Data Backpack, juga untuk pengguna P70 ke atas, di 12 negara terpilih.
Bagi talian tambahan, pengguna U Mobile Hero boleh mendapatkan Hero Plus. Ia menawarkan pelan Share 50 dengan langganan RM50 sebulan, bersama panggilan tanpa had dan tambahan 3GB data untuk dikongsi bersama talian utama dan talian tambahan.

Pelan Pascabayar Di Bawah RM50

Perbandingan pelan pascabayar Malaysia - 2016 Mei - bawah RM50 v1

Pelan Pascabayar Di Bawah RM100

Pelan Pascabayar Di Atas RM100

Share:

Ulasan Samsung Galaxy S7 Edge – Selangkah Menghampiri Kesempurnaan

Samsung-Galaxy-S7-Edge-IMG_20160321_141841Setahun telah berlalu sejak kami mengulas Samsung Galaxy S6, peranti yang kami rasakan antara yang terbaik dihasilkan sepanjang 2015. Apa yang kami sukakan tentang S6 ialah pengurangan aplikasi gendut, rekaan yang premium dan kemampuan kamera antara yang terbaik pada peranti mudah alih. Ia hanya mempunyai beberapa cacat cela yang menghentikannya dari dinobatkan sebagai peranti sempurna.
Februari lalu selepas ia diperlihatkan, Samsung Galaxy S7 Edge membawakan beberapa perubahan yang kami rasakan mengujakan. Rekaan diperhalusi, spesifkasi dipertingkat dan akhirnya ia kalis air seperti Sony Xperia Z3 yang secara peribadi adalah peranti paling baik pernah kami gunakan. Adakah Galaxy S7 Edge mampu menggantikan Z3 di hati kami sebagai peranti sempurna? Ulasan ini akan menjawab persoalan ini

Spesifikasi

Samsung Galaxy S7 Edge
Skrin5.5″ SAMOLED QHD (534 ppi)
Pemproses2.6 x 4 + 1.59 x 4 GHz Exynos 8890
GPUMali-T628 MP4
RAM4 Gigabyte
Muatan Dalaman32 Gigabyte (MikroSD sehingga 200 GB)
Kamera Utama12 Megapixel f/1.7 OIS
Kamera Depan5 Megapixel f/1.7
Bateri3600 mAh (Pengecasan pantas)
SIM/TelefoniDwi NanoSIM / 4G
NFCYa
Infra MerahTiada
Harga JualanRM 3099
Setahun berlalu dan perubahan yang dilakukan kepada perkakasan adalah agak kecil. Skrin 5.5″ SAMOLED QHD yang digunakan adalah peningkatan dari 5.1″ yang digunakan pada S6 Edge. Pemproses generasi baru Exynos 8890menggantikan Exynos 7720. RAM dipertingkatkan sebanyak 1 Gigabyte kepada 4 Gigabyte bagi memastikan peranti berfungsi dengan lebih lancar. Kapasiti bateri menerima peningkatan paling ketara dari 2600 ke 3600 mAh.
Tetapi tidak semua spesifikasi S7 Edge adalah peningkatan dari model terdahulu. Model tahun ini dilengkapi kamera 12 Megapixel berbanding 16 Megapixel pada tahun lalu. Sensor baru dengan teknologi Duo-Pixel menurut Samsung mungkin mempunyai saiz lebih kecil tetapi akan menghasilkan gambar yang jauh lebih baik. Lensa f/1.7 yang digunakan sekarang adalah penambahbaikan dari f/1.9. Sistem penstabilan imej secara optikal (OIS) dikekalkan. Kamera hadapan masih lagi 5 Megapixel tetapi menggunakan lensa f/1.7 yang sama seperti kamera utama.
Bersebelahan bonjolan kamera utama ini terdapat pengimbas nadi dan hanya beberapa inci di bawahnya pula diletakkan sistem imbasan NFC. Seperti yang berlaku pada Galaxy Note 5, pemancar infra merah tidak lagi disertakan. Mengapa ini dilakukan tidak kami ketahui. Tetapi mungkin juga ia tidak berapa digunakan oleh majoriti pemilik peranti keluarga Galaxy S sebelum ini.
Kepada yang merindui sokongan kad MikroSD, berita baik bagi anda kerana Galaxy S7 Edge menyokong fungsi ini dengan sokongan sehingga 200 Gigabyte. Seperti yang katakan di awal tadi, perubahan dari segi spesifikasi tidaklah besar tetapi lebih kepada penambahbaikan secara berperingkat berbanding model terdahulu. Taktik penambahbaikan secara kecil kecilan ini nampaknya mengikut jejak langkah Apple yang melakukannya sejak dahulu lagi. Sekiranya ia boleh dilakukan Apple, mengapa ia tidak boleh dilakukan oleh pengeluar lain? Dengan kata lain Galaxy S7 Edge ialah evolusi kepada S6 Edge dan bukannya revolusi yang drastik.

Rekaan

Dari segi saiz, S7 Edge terletak di tengah-tengah S6 Edge dan S6 Edge plus. Kerangka S7 Edge masih lagi diperbuat daripada aluminium dengan rekaan yang lebih bulat. Kerangka juga lebih nipis berbanding S6 Edge kerana panel belakang peranti ini juga mempunyai rekaan dwi lengkung seperti skrin hadapan. Rekaan ini pertama kali kami lihat pada Note 5. Ini membuatkan peranti amat selesa dipegang kerana tidak lagi mempunyai sisi berkotak.
Skrin 5.5″ SAMOLED dengan resolusi QHD yang digunakan mempunyai kualiti paparan terbaik di pasaran dan lebih menjimatkan tenaga berbanding LCD biasa. Kesemua objek yang dipaparkan pada skrin kelihatan tajam, hidup dan dengan kualiti warna yang melangkaui apa yang ditemui pada peranti pesaing. Sejak kebelakangan ini kami gemar menonton siri TV menerusi perkhidmatan penstriman pada peranti pintar. Menonton siri TV noir seperti Daredevil terasa lebih mengasyikkan kerana penghasilan semua warna pada skrin S7 Edge yang terbaik di dalam kelasnya.
S7-Edge-Comparison
Bonjolan kamera kini tidak lagi terkeluar dengan begitu ketara. Apabila diletakkan di atas permukaan meja, peranti tidak akan terjungkit seperti sebelum ini. Ini juga mengurangkan kebarangkalian lensa kamera utama tercalar selepas beberapa kali diletakkan di atas permukaan rata sekiranya pengguna tidak menggunakan kerangka luaran.
Pada sisi kanan terdapat butang kuasa yang diperbuat daripada logam manakala pada sisi bertentangan terdapat dua butang kawalan suara. Talam SIM berkembar bersaiz nano terletak pada bahagian atas peranti. Talam adalah dari jenis yang perlu dicucuk dengan jarum untuk mengeluarkannya dari slot simpanan. Talam SIM ini adalah dari jenis hibrid dan slot SIM kedua turut berfungsi sebagai slot untuk kad MikroSD. Pada bahagian bawah pula terdapat slot pengecasan MikroUSB, pembesar suara mono dan bicu audio 3.5 mm.
Galaxy S7 Edge masih lagi mengekalkan penggunaan butang navigasi kapasitif. Butang home fizikal dihimpit oleh butang multi tasking pada sebelah kiri dan butang back pada sebelah kanan. Kedua-dua butang adalah berlampu Bercakap tentang butang home, ia mempunyai pengimbas cap jari terbina. Tiada lagi kemasan logam berwarna perak mengelilingi butang ini. Kami lebih menyukai rekaan baru ini kerana ia membuatkan butang home tidak kelihatan terlalu ketara.
Perubahan paling besar tetapi mungkin tidak disedari ialah kemampuan kalis air IP68. Ini meletakkannya setanding dengan Sony Xperia Z5 dan peningkatan dari IP67 pada Galaxy S5. Seperti Z5, pembesar suara, bicu audio dan port MikroUSB tidak ditutup bagi memudahkan penggunaan. Kerana keperluan menjadikan peranti kalis air, kualiti audio dari pembesar suara mono kali ini adalah tidak sebaik pada S6. Pada tetapan paling tinggi ia masih tidak berapa jelas. Selaput yang menutup kekisi audio bagi menghalang air memasuki bahagian dalam peranti berfungsi sebagai peredam bunyi.
Secara keseluruhan rekaan baru ini menjadikan S7 Edge lebih selesa digunakan. Skrin kaca 2.5D yang melengkung pada sebelum tiba ke kerangka aluminium memudahkan pergerakan jari. Rekaan panel belakang yang melengkung pada bahagian sisi juga memudahkan lagi cengkaman di dalam tangan. Di dalam ulasan S6 Edge kami katakan ia adalah peranti yang paling kami takut untuk gunakan kerana amat licin. Beberapa kali ia terjatuh dari genggaman kerana kurang selesa dipegang. Dengan rekaan baru ini ketakutan masih wujud tetapi sekurang-kurangnya kali ini ia terasa lebih selamat di dalam pegangan.
Peranti ini walaubagaimanapun masih lagi mengekalkan masalah tahun lalu iaitu memerangkap kotoran dengan mudah. Panel kaca akan dipenuhi ratusan cap jari selepas digunakan hanya untuk seketika.Berita baik di sini ialah kerana peranti ini kalis air, anda boleh membasuhnya sekiranya ia menjadi terlalu kotor.
Kombinasi permukaan mudah berminyak dan panel kaca yang licin ini adalah kombinasi maut. Kami sarankan pengguna kerangka tahan lasak untuk peranti ini bagi mengelakkan ia terjatuh dan mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada akaun bank anda.

Penggunaan Dan Antaramuka Peranti

Android 6.0 Marshmallow digunakan dengan pelancar TouchWiz. Sekali lagi elemen antaramuka pelancar rekaan Samsung ini diberikan nafas baru.Talam notifikasi yang dahulunya berwarna biru kini berubah kelabu dengan sentuhan warna biru . Ikon aplikasi yang dahulunya bersegi kini mempunyai sisi lebih bulat. Perubahan yang dilakukan adalah kosmetik dengan tiada banyak fungsi baru ditambah. Fungsi Briefing seakan HTC Blinkfeed kini digantikan dengan Upday, sistem agregasi berita dan media sosial baru mereka. Seperti Briefing, Upday boleh dimatikan sekiranya tidak diperlukan.
Samsung-Galaxy-S7-Edge-UI-1Samsung-Galaxy-S7-Edge-UI-2Samsung-Galaxy-S7-Edge-UI-3
Kerana menggunakan TouchWiz, beberapa fungsi klasik dan eksklusif  yang wujud pada versi terdahulu masih lagi disertakan. Berikut adalah fungsi khas TouchWiz yang dikekalkan.
Palm Capture – Menangkap gambar paparan skrin dengan menggunakan telapak tangan.
Smart Stay – Skrin tidak akan terpadam selagi ia mengesan mata anda memandang skrin.
Pop Up View – Aplikasi boleh dipaparkan di dalam tetingkap kecil yang terapung pada skrin.
Pop Up Video – Video dimainkan di dalam tetingkap kecil yang terapung pada skrin.
Direct Call – Peranti melakukan panggilan telefon secara automatik apabila ia diletakkan ke telinga pengguna.
Easy Mute – Mematikan nadi dering dengan meletakkan tangan di atas skrin atau menelangkupkan peranti.
Multi WIndow – Memaparkan dua aplikasi serentak dengan skrin terbahagi kepada dua.
Quick Launch Camera – Melancarkan kamera dengan pantas dengan menekan butang home sebanyak dua kali
One Handed Mode – Mengecilkan paparan skrin bagi memudahkan penggunaan sebelah tangan dengan menekan butang home sebanyak tiga kali
Themes – Kustomasi tema antaramuka dengan tema yang boleh dimuat turun.
Grid – Menetapkan saiz grid susunan ikon. Terdapat pilihan 4×4, 4×5 atau 5×5.[/info

Fungsi Baru Always on Display & Game Launcher

Tiga fungsi baru diperkenalkan kali ini dan kita mulakan dengan Always On Display. Apabila diaktifkan sebahagian skrin akan sentiasa aktif dan memaparkan maklumat tertentu. Pengguna boleh memilih untuk mepaparkan waktu, tarikh, kalendar dan gambar tertentu sepanjang masa. Ini amat berguna bagi mereka yang menggunakan peranti pintar sebagai jam. Tidak perlu lagi menekan butang kuasa terlebih dahulu untuk melihat paparan waktu.
Sebagai seorang bekas pengguna Nokia E7, ini ialah fungsi yang kami mahukan pada peranti Android sejak beralih sistem operasi enam tahun yang lalu. Sekiranya anda terlupa, Nokia mempunyai sistem diberi nama Nokia Sleeping Screen yang merupakan fungsi eksperimen yang boleh digunakan oleh Nokia E7N8C7, dan C6-01. Fungsi Always On Display adalah serupa seperti Nokia Sleeping Screen cuma pilihan pada versi Nokia lebih meluas. Harus diakui fungsi Always On Display ini seakan gimik tetapi bagi pengguna tua yang merindui Nokia seperti kami, ia mengembalikan nostalgia menggunakan perati Symbian^3.
Game Launcher pula mengumpulkan kesemua aplikasi permainan di dalam hab khas secara automatik. Apabila hab ini ditekan anda diberikan pilihan untuk mematikan kesemua notifikasi peranti sepanjang sesi permainan. Tiada lagi masalah gangguan akan berlaku ketika anda khusyuk berperang di dalam Clash of Kings. Di dalam aplikasi ini terdapat sebuah lagi fungsi diberi nama Game Tools.
Ia membolehkan butang back dan multi tasking dianyahkatif, merakam video permainan dan menangkap paparan skrin dengan menekan sebuah butang. Menarik sekali sambil rakaman video diambil, kamera hadapan boleh diaktifkan bagi menunjukkan wajah pemain. Ini adalah mod yang bagus untuk mereka yang gemar menghasilkan video genre Let’s Play di Youtube.
Samsung-Galaxy-S7-Edge-Extras

Edge Screen

Di dalam ulasan S6 Edge tahun lalu, kami ada mengatakan bahawa fungsi skrin sisi yang disertakan oleh Samsung adalah amat terhad berbanding apa yang dipaparkan pada Note Edge. Dengan S7 Edge, fungsi yang “hilang” pada S6 dikembalikan semula dengan beberapa pembaharuan. Akses pantas kepada individu paling kerap anda hubungi masih dikekalkan dan begitu juga kustomasi warna yang dipaparkan pada skrin sisi apabila mereka melakukan panggilan. Perubahan adalah lebih kepada penabahbaikan untuk menjadikan Edge Screen lebih mudah digunakan.
Saiz tab aplikasi Edge Screen kini lebih besar bagi memaparkan maklumat yang terkandung. Quick Tools Note Edge juga kembali dan saiznya juga lebih besar dengan penambahan aplikasi kompas dan lampu suluh. Dua fungsi ini menggantikan fungsi jam randik dan spirit level yang wujud pada Note Edge. Selain apa yang sudah kami tulis tadi terdapat juga sokongan S Planner, singkatan pautan internet dan ramalan kaji cuaca. Saiz tab (untuk menarik tab keluar dari sisi skrin) dan tahap keterangannya kini juga boleh diubah oleh pengguna.
Dengan penambahan fungsi lama dan kemas kini kepada sistem yang digunakan pada S6, Edge Screen kini lebih berguna berbanding sebelumnya. Adakah ia masih gimik jualan? Secara ikhlas kami merasakan ia masih lagi sebuah gimik tetapi kini dengan pilihan fungsi lebih luas berbanding hanya satu pada model tahun lalu.
Samsung-Galaxy-S7-Edge-Edge-Screen

Pengimbas Cap Jari

Samsung Galaxy S7 Edge IMG_20160321_141757Terdapat tiga konfigurasi pengimbas jari digunakan pada peranti pintar sekarang iaitu hadapan, belakang dan sisi. Samsung meletakkan pengimbas jari pada butang home S7 Edge sejak Galaxy S5.
Dari segi kepantasan, pengimbas jari pada S7 Edge adalah lebih pantas berbanding versi terdahulu. Ia masih lagi dari jenis pasif yang perlu ditekan terlebih dahulu sebelum imbasan dapat dilakukan.
Secara peribadi kami merasakan pengimbas cap jari pada panel belakang adalah rekaan paling mesra pengguna. Ibu jari tidak perlu melakukan aksi akrobatik untuk diimbas apabila peranti berada di dalam genggaman. Jari telunjuk dengan mudah dapat mengakses pengimbas pada panel belakang. Kami bercakap dari pengalaman menggunakan HTC One Max, Huawei Mate S, Mate 8 dan Nexus 6P. Pada keempat-empat peranti ini pengguna hanya perlu menyentuh pengimbas dan peranti akan dinyahkunci. Tiada keperluan untuk menekan pengimbas terlebih dahulu.
Dari segi kepantasan, kami lebih sukakan sistem aktif yang digunakan pada empat peranti yang disenaraikan tadi berbanding yang digunakan pada S7 Edge. Pengimbas cap jari pada panel hadapan mensasarkan golongan yang gemar meletakkan peranti di atas meja dan konfigurasi ini memudahkan nyahkunci tanpa peranti perlu diangkat.

Kamera

Sensor 12 Megapixel f/1.7 dengan OIS serta pemfokusan pantas Duo Pixel digunakan pada kamera belakang. Pada kamera hadapan sensor 5 Mengapixel f/1.7 sudut laber digunakan. Di atas kertas ia kelihatan seperti pengurangan kemampuan kamera S7 Edge berbanding S6. Ya saiz sensor kini lebih kecil tetapi kualiti lensa dan Duo Pixel membuatkan kamera S7 Edge memintas kemampuan S6.
Pada resolusi paling tinggi 12 Megapixel, gambar yang diambil adalah pada nisbah 4:3. Untuk gambar bernisbah 16:9 resolusi diturunkan ke 9 Megapixel. Kamera utama mampu mengambil video pada resolusi 4K. Pada resolusi 1080P, rakaman dilakukan pada kadar 60 FPS.  Seperti tahun lalu, sistem penstabilan imej dan object tracking tidak boleh diaktifkan apabila melakukan rakaman 4K.
Apabila dikeluarkan daripada kotak, terdapat 10 pro-tetapan boleh dipilih oleh pemilik. Ini termasuk mod Pro yang mengambil gambar di dalam format RAW. Lebih banyak pra-tetapan boleh dimuat turun oleh pengguna mengikut keperluan. Antaramuka aplikasi kamera Samsung mungkin adalah yang terbaik pada peranti pintar kerana mempunyai pelbagai tetapan bagi mereka yang menyukai kawalan secara lebih terperinci.
Menarik sekali S7 Edge turut mampu mengambil gambar Live Photo. Mod Motion Photo ini perlu diaktifkan dan seperti pada peranti iOS, klip video pendek sebelum dan selepas gambar diambil akan dirakamkan. Untuk memainkan semula video pengguna hanya perlu ke galeri dan menekan ikon yang terpapar pada skrin. Tidak seperti Live Photo, muat naik gambar Motion Photo ke Facebook masih belum disokong.
Bagi golongan profesional kesemua parameter yang biasa digunakan untuk mengambil gambar menggunakan DLSR boleh ditemui pada aplikasi kamera S7 Edge. Sekiranya anda buta fotografi seperti kami, mod automatik kamera ini boleh diandalkan untuk mengambil gambar yang sempurna setiap masa.
Samsung-Galaxy-S7-Edge-Camera-UITahun lalu dengan S6 Samsung pada pendapat kami mempunyai kamera peranti mudah alih terbaik di pasaran. S7 Edge dengan mudah mengambil alih takhta ini dari S6. Penghasilan warna yang lebih tepat, gambar lebih tajam, objek latar belakang lebih jelas, tiada masalahsoftening yang ketara pada sumber cahaya dan di dalam situasi pencahayaan rendah masalah noise hampir tidak wujud. Kamera S7 Edge ialah kamera yang perlu ditandingi peranti lain yang muncul sepanjang 2016.
Samsung Galaxy S7 Edge20160319_210558
Samsung Galaxy S7 Edge 20160313_140912Samsung Galaxy S7 Edge 20160313_135409Samsung Galaxy S7 Edge 20160313_140922Samsung Galaxy S7 Edge 20160313_141459Samsung Galaxy S7 Edge 20160310_222433

Video

Kualiti rakaman video adalah sebaik rakaman gambar statik. Sistem penstabilan video optikal yang digunakan memastikan rakaman yang stabil walaupun ketika berjalan. Tidak seperti pada Xperia Z5,video yang distabilkan pergerakannya kelihatan lebih semula jadi dan tidak terlalu mekanikal. Tiada masalah rolling shutter dikesan. Kualiti rakaman audio juga memuaskan. Mod rakaman perlahan 240FPS pula pada resolusi 720P kelihatan lebih baik berbanding kualiti rakaman 1080P beberapa peranti yang kami ulasa sebelum ini. Video yang dirakam di dalam mod ini juga amat lancar.

Penanda Aras

Di Malaysia S7 Edge diperkasakan oleh pemproses lapan teras Exynos 8890 dan bukannya empat teras Snapdragon 820. Apabila ujian penanda aras dilakukan markah yang dicatatkan adalah seperti berikut. Seperti yang anda boleh lihat Exynos 8890 memintas Exynos 7720 yang sebelum ini menjuarai carta pemproses paling berkuasa makmal Amanz.
Di atas kertas memang ianya berkuasa tetapi bagaimana pula dalam penggunaan dunia sebenar? Peranti ini memang pantas dan boleh menjalankan aplikasi permainan tanpa sebarang masalah. Masalah kepanasan tidak berapa ketara dan kami hanya menyedarinya berlaku ketika peranti sedang dicas.
Tetapi tidak seperti pada S6, kami ada menemui masalah sela masa dan peranti gagal berfungsi semasa ulasan dilakukan. Ia berlaku dua kali dalam masa 10 hari dan menyebabkan peranti melakukan reboot secara tiba-tiba. Ini adalah mengecewakan kerana masalah ini sudah diselesaikan pada S6. Apabila kami bertanya kepada beberapa pemilik S7 Edge di media sosial, tidak ada yang merungut tentang masalah ini. Jadi besar kemungkinan masalah ini adalah spesifik kepada peranti yang kami ulas kerana ianya antara unit paling awal dan diterima dua minggu sebelum pelancarannya di Malaysia.
Galaxy-S7-Edge-Bench-2

Bateri

Peranti yang berkuasa dan kelihatan premium tidak bermakna tanpa bateri yang baik. Bateri 3600 mAh yang disertakan menjamin penggunaan sepanjang hari. Hayat bateri purata sepanjang tempoh ulasan ialah sekitar 13 jam dengan skrin aktif melebihi empat jam. Ini adalah tempoh penggunaan yang baik dengan sistem Always On Display digunakan sepanjang masa. Doze, sistem kawalan penggunaan bateri Android Marshmallow memastikan tahap bateri berkurangan sebanyak 3 peratus sahaja apabila kami tidur selama 7 jam setiap malam.
Sistem pengecasan pantas Adaptive Fast Charging yang disokong mengecas bateri sepenuhnya dalam masa 84 minit. Sekiranya anda mahu memanjangkan hayat bateri, sistem pengecasan AFC ini boleh dimatikan menerusi skrin tetapan.


Pesaing

Berikut ialah spesfikasi Samsung Galaxy S7 Edge apabila dibandingkan dengan Huawei Mate 8 Premium dan LG G5. Kedua-dua peranti ini mempunyai spesifikasi yang tinggi terkini dan setanding dengan S7 Edge,
Peranti Pesaing
Samsung Galaxy S7 EdgeHuawei Mate 8 PremiumLG G5
5.5″ SAMOLED QHD (534 PPI)6″ IPS Neo LCD FHD (368 PPI)5.3″ IPS LCD QHD (54 PPI)
2.6 x 4 + 1.59 x 4 GHz Exynos 88902.3 x 4 + 1.8 X 4 GHz HiSilicon Kirin 9502.15 x 2 + 1.6 x 2 GHz Snapdragon 820
Mali-T880 MP12Mali-T880 MP4Adreno 530
4 Gigabyte4 Gigabyte4 Gigabyte
32 Gigabyte (200 GB MikroSD)64 Gigabyte (128 GB MikroSD)32 Gigabyte (200 GB MikroSD)
Kamera Utama 12Megapixel f/1.7 OISKamera Utama 16 Megapixel f/2.0 OISKamera Utama 16 + 8  Megapixel f/1.8 + 2.4
Kamera Hadapan 5 Megapixel f/1.7Kamera Hadapan 8 Megapixel f/2.4Kamera Hadapan 8 Megapixel f/2.0
3600 mAH (Tidak boleh dibuka)4000 mAh (Tidak boleh dibuka)
2800 mAh (Boleh dibuka)
RM 3099RM 2399RM 2552*

Kesimpulan

Samsung Galaxy S7 Edge memperbaiki kelemahan ketara S6 Edge iaitu kapasiti bateri yang kecil, bonjolan kamera yang besar, tiada kemampuan kalis air dan kerangka yang kurang selesa dipegang. Perubahan kecil yang diberikan ditambah lagi dengan peningkatan kemampuan kamera, penambahan fungsi Edge Screen, sokongan kad MikroSD, Game Launcher dan Always On Display. Sekiranya anda sudahpun memiliki sebuah S6 Edge ataupun S6 Edge Plus, penambahbaikan yang kecil ini tidak akan membuatkan pembelian S7 Edge berbaloi. Tetapi sekiranya anda seorang pengguna peranti lain, S7 Edge mungkin adalah peranti Android terbaik di pasaran sekarang.
Samsung-Galaxy-S7-Edge-IMG_20160321_141115Ia dengan mudah menggantikan Xperia Z3 sebagai peranti terbaik yang pernah kami ulas kerana melangkaui hampir kesemua kemampuan peranti utama Sony ini. Satu-satunya kelebihan Xperia Z3 ialah ketahanan bateri yang sehingga kini terbaik di dalam kelasnya.
Dengan harga jualan RM 3099 ramai yang bertanyakan soalan sama ada S7 Edge berbaloi untuk dimiliki. Sekiranya anda mahukan peranti tercantik di pasaran dengan keperincian pada setiap kemasan ia memang berbaloi. Kualiti kemasan dan keperincian pada peranti ini tidak dapat ditandingi oleh peranti pintar yang wujud di pasaran sekarang. Ini dipadankan pula dengan spesifikasi perkakasan yang tinggi dan kamera peranti mudah alih terbaik di pasaran sekarang. Jika anda mahukan yang terbaik, anda seharusnya membayar lebih.
KELEBIHANKEKURANGAN
  • Rekaan peranti yang tercantik di pasaran. dengan kemasan kaca dan logam premium.
  • Spesifikasi tinggi. Pemproses berkuasa tinggi dan saiz RAM yang besar.
  • Kamera terbaik pada peranti mudah alih di pasaran sekarang.
  • Sokongan kad MikroSD dikembalikan.
  • Pelbagai fungsi tambahan seperti Multi Window, fungsi sebelah tangan dan mod khas aplikasi permainan.
  • Hayat beteri yang amat baik. Turut menyokong pengecasan pantas.
  • Kalis air dan debu.
  • Pembesar suara mono. Kualiti audio kurang memuaskan kerana tertutup dengan sistem kalis air.
  • Peranti mudah kotor. Memerangkap cap jari dengan mudah.
  • Tubuh amat licin kerana penggunaan kerangka logam dan panel kaca.
  • Tidak menyokong piawai pengecasan pantas terkini. Masih lagi menggunakan piawai tahun lalu.

Skor-Samsung-Galaxy-S7-Edge
 https://amanz.my/2016107725/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com