Sony Umum Promosi “Sambutlah Raya Bersama Xperia X Baharu”

Share Button
Sony Malaysia hari ini mengumumkan promosi “Sambutlah Raya Bersama, Xperia X Baharu”. Promosi yang berlangsung antara 22 Jun sehingga 17 Julai itu, diadakan bersempena bulan Ramadan dan Syawal ini. Sepanjang tempoh promosi, setiap pembelian Xperia X atau Xperia XA akan menerima hadiah percuma. Mereka akan menerima case silikon dan pelindung skrin.
Pengguna Xperia sedia ada turut tidak ketinggalan untuk menikmati promosi ini. Mereka layak menebus jaminan Screen Warranty Care+ apabila mereka menaik taraf sebarang peranti Xperia lama mereka kepada Xperia X. Dibawah jaminan ini, pihak Sony Mobile akan menanggung kos membaiki skrin retak sebanyak sekali dalam tempoh 12 bulan jaminan peranti itu.
Xperia X adalah sebuah telefon bersaiz 5 inci dengan paparan beresolusi penuh 1080p. Ia digerakkan oleh Snapdragon 650 dengan RAM sebesar 3GB. Storan yang diberikan adalah seluas sehingga 64GB dan memiliki satu slot mikro-SD. Bateri yang menguasakan peranti ini adalah sebesar 2,620mAh.
Xperi XA pula adalah varian yang lebih murah. Ia menggunakan pemproses MediaTek Helip P10 dengan RAM sebesar 2GB. Satu slot mikro-SD disediakan untuk melengkapi ruang storan dalam seluas 16GB. Baterinya pula adalah sedikit kecil iaitu 2,300mAh.
Salah satu kelebihan Xperia X yang unik terletak pada teknologi yang diguna pakai pada kameranya. Predictive Hybrid Autofocus adalah fungsi penjejak subjek untuk memastikan subjek sentiasa berada pada satah fokus. Fungsi ini biasanya terdapat pada kamera yang lebih canggih seperti DSLR.

Xperia X dijual pada harga RM2,499 manakala Xperia XA pada RM1,199.

http://theskop.com/2016/06/sony-umum-promosi-sambutlah-raya-bersama-xperia-x-baharu/
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com