Perbandingan Pelan Pascabayar Termasuk Talian Tambahan/Pelan Keluarga

Intro

Share Button
Bulan April yang baru berlalu, menyaksikan pertarungan sengit di alam rangkaian telekomunikasi mudahalih di Malaysia. Semua telko dilihat cuba mempamerkan produk terbaru yang mengatasi lawan yang lain.
Apa yang pasti, pengguna kini menerima semakin banyak data hasil dari peperangan pascabayar ini. Ia bukan dalam bentuk kuota data bulanan sahaja, tetapi juga dalam bentuk strim muzik dan video.
Selepas semua pembaharuan ini, apakah pelan pascabayar terbaik untuk anda? Kami turut menganalisa pelan talian tambahan, yang sering digunakan sesama ahli keluarga di Muka 2. Mari kita sama-sama selidiki.

Maxis

Maxis membawa bala tentera serba baru, melalui pelan MaxisONE yang dipertingkatkan. Semua pelan MaxisONE kini menerima lebih banyak data. Contohnya MaxisONE 98 menerima 5GB dari 1GB sebelum ini, dan MaxisONE 188 kini memiliki 20GB data berbanding 7GB sahaja bulan sebelumnya.
Selain itu, talian tambahan MaxisONE Share turut ditambah kuota data 5GB, yang kini dikongsi bersama talian utama, selain panggilan dan SMS tanpa had. Perkongsian data ini tidak banyak bezanya dengan apa yang dilakukan pelan U Mobile Hero Plus.
Maxis turut menawarkan data tambahan khas 5GB, untuk penstriman video melalui 4 platform iaitu iflix, viu, Eros now dan hopster.

Digi

Tidak banyak perubahan dilihat pada pelan Digi. Tetapi Digi sebenarnya paling pantas bereaksi dengan pelancaran pelan baru telko lain. Contohnya, pelan Digi Postpaid 238 Lebih Internet kini ditambah data menjadi 30GB sebulan dari 20GB sebelumnya. Manakala Digi Postpaid 238 Lebih Panggilan pula dinaikkan ke 25GB data dari 13GB data.
Digi turut menambah satu lagi tawaran baru, iaitu data hujung minggu. Dengan tambahan RM2 sebulan, pelan Digi Postpaid 78 berubah menjadi Digi Postpaid 80 dan dibekalkan ekstra 3GB data hujung minggu. Ini sama seperti tawaran Celcom FiRST.
Untuk talian tambahan, tiada pelan khas kerana pengguna boleh menambah talian dengan melanggan mana-mana pelan Digi Postpaid. Kelebihannya, hanyalah panggilan dan SMS percuma antara talian utama dan talian tambahan.

Celcom

Celcom hanya melancarkan satu pelan baru, FiRST Platinum RM150 sebulan untuk pelanggan yang mahukan lebih banyak data dan menerima tawaran eksklusif. Ia menjadi tambahan kepada pelan Celcom FiRST sedia, iaitu FiRST Blue RM45 sebulan dan FiRST Gold RM80 sebulan. Tetapi tawaran harga langganan ini katanya, hanya sehingga 31 Mei 2016.
Talian tambahan Celcom juga tidak rumit, hanya ada satu pilihan. Bayaran RM30 sebulan membolehkan talian tambahan menerima 500MB data, 50 minit panggilan dan 50 SMS ke semua talian. Mungkin lebih baik untuk melanggan pelan FiRST Blue dengan tambahan RM15, yang memberikan 4GB data sebulan.

U Mobile

Tiada pelan baru dilancarkan U Mobile, tetapi tawaran terbarunya sangat mengancam. Bermula dengan tawaran U Mobile Hero P70 15GB, yang dilanjutkan ke 31 Disember 2016. Kemudian ia menawarkan data percuma untuk pengguna Waze.
Ini ditambah lagi dengan pengenalan Video-Onz, data khas penstriman video di 11 platform yang diberi percuma tanpa had untuk pengguna P70 ke atas. Seperkara lagi, U Mobile turut mengumumkan perayauan data percuma U Mobile Data Backpack, juga untuk pengguna P70 ke atas, di 12 negara terpilih.
Bagi talian tambahan, pengguna U Mobile Hero boleh mendapatkan Hero Plus. Ia menawarkan pelan Share 50 dengan langganan RM50 sebulan, bersama panggilan tanpa had dan tambahan 3GB data untuk dikongsi bersama talian utama dan talian tambahan.

Pelan Pascabayar Di Bawah RM50

Perbandingan pelan pascabayar Malaysia - 2016 Mei - bawah RM50 v1

Pelan Pascabayar Di Bawah RM100

Pelan Pascabayar Di Atas RM100

Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com