This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

5 Tablet Bajet Terbaik Untuk Berhibur

Tablet sering digunakan untuk melayani video dan bermain games kerana saiz skrinnya yang besar tetapi masih mudah dibawa kemana-mana.  Tambahan pula, terdapat banyak jenis tablet daripada pelbagai pengeluar pada masa ini masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Tablet yang memiliki resolusi skrin yang tinggi mampu menjamin kepuasan semasa melayani video manakala speakernya pula perlu seiring dengan paparan daripada segi penghasilan bunyi. Namun begitu, tiadalah guna jika masa penggunaan dihadkan kerana kekurangan kuasa bateri. Ruang penyimpanan yang luas pula diperlukan untuk menyimpan video mahu pun audio yang berkualiti tinggi manakala fungsi WiFi dan 3G/4G mampu menjamin anda tidak akan ketandusan kandungan untuk untuk ditonton.
Setelah meneliti, menimbang tara dan menyaring model-model tablet daripada pelbagai jenama, berikut adalah hasil sulingan kami, 5 tablet mesra wang yang sesuai digunakan untuk menikmati kandungan multimedia.

Acer Iconia Tab 10

10.1” WUXGA (1920×1200)
Android OS
Mediatek MT8127
2 GB RAM
16 GB Ruang Simpanan Dengan Slot MikroSD
Speaker Stereo dengan Bunyi Dolby Atmos
Bateri Berkuasa 5700 mAh
acer iconia tab 10

lenovo tab 2 a80-50

Lenovo Tab A8-50

8″ WXGA (1280×800)
Android OS
Mediatek MT8735
1 GB RAM
8/16 GB Ruang Simpanan Dengan Slot MikroSD
Speaker Stereo dengan Bunyi Dolby Atmos
Bateri Berkuasa 4290 mAh

Asus ZenPad 7

7” WXGA (1280×800)
Android OS
Intel Atom x3-C3230
2 GB RAM
16 GB Ruang Simpanan Dengan Slot MikroSD
Speaker Tunggal Dengan Bunyi DTS HD
Bateri Berkuasa 3450 mAh
WiFi+3G
asus zenpad 7

lenovo miix 300

Lenovo Miix 300

10.1” WXGA (1280×800)
Windows OS
Intel Atom Z3735F
2 GB RAM
Speaker Tunggal
Hadir Dengan Papan Kekunci Fizikal
Slot MikroSD Tersedia

Acer Iconia Talk S

7” WXGA (1280×800)
Android OS
Snapdragon 410 MSM 8916
1 GB RAM
16 GB Ruang Penyimpanan Dengan Slot MikroSD
Speaker Stereo
Bateri Berkuasa 3780 mAh
WiFi+4G

acer iconia talk s

Share:

Dua Aplikasi Pantau Cuaca Panas Sekarang

Share Button
Fenomena El Nino mengakibatkan cuaca panas dan kering hingga menyebabkan taburan hujan berkurangan sehingga orang ramai dinasihati supaya mengehadkan sebarang aktiviti luar rumah bagi mengelak kemudaratan pada kesihatan berikutan keadaan cuaca yang panas selain berjerebu.
Cuaca kering ini dijangka berterusan sehingga penghujung April atau awal Mei depan dan pastinya kita mahu memantau keadaan cuaca sebelum merancang aktiviti luar kita. Bagaimana untuk melakukannya?
Bagi pengguna iOS seperti iPhone atau iPad, sudah tersedia aplikasi Weather dalam iOS yang memaklumkan keadaan suhu semasa.
Selain itu, terdapat pemakluman setiap jam dan mengikut hari dengan purata suhu membolehkan kita melihat dulu keadaan semasa sebelum melakukan aktiviti luar.
Aplikasi Yahoo! Weather
Untuk pengguna Android pula, dengan aplikasi yang hampir sama berbanding aplikasi natif Android itu sendiri, anda boleh memuat turun aplikasi Yahoo! Weather yang agak terperinci dengan makluman cuaca semasa dalam selsius atau fahrenheit selain keadaan angin.
Sedikit sebanyak ia mungkin membantu sekiranya berlaku cuaca panas dan anda merasakan sedikit angin boleh menghilangkannya seketika. Ia juga menyediakan purata suhu seharian pada waktu siang dan malam dan ramalan cuaca.

http://theskop.com/2016/03/dua-aplikasi-pantau-cuaca-panas-sekarang/
Share:

Jom tukar ke pelan digi smart prepaid! (Free basic internet + Free unlimited SMS / Call)

Klik pada ikon untuk share artikel ini:Print this pageShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Reddit0Share on LinkedIn0Share on Tumblr0Buffer this pageDigg thisFlattr the authorPin on Pinterest0Share on VKShare on StumbleUpon0Share on Yummly0
digi-smart-prepaid-review
Aku pun baru balik dari Digi Store di Plaza Merdeka, kuching. Alang-alang lalu kat sana singgah celcom centre, bertanyakan hal port-out dari Maxis yang dah kena reject 5-6 kali oleh maxis. Sambil-sambil tu singgah sebentar untuk membuat pertukaran simkad digi lama aku ke simkad baru yang boleh sokong4g LTE internet. Caj dikenakan sebanyak RM10.60 (Termasuk GST). Tapi aku memang dah sedia maklum. Jadi, ok la. Petugas pun mesra pelanggan, jadi memang takde masalah.
Tak banyak sangat prosedur, cuma perlu berikan no.digi dan tunjukkan kad pengenalan. Tunggu petugas print out IC dan borang, taip dalam sistem dan pooof! Jadilah koko crunch.. Aku gurau je la. Wakakaka. Ada la dalam 10-15 minit, sebab ada masalah sistem. Dan siap. Katanya, dalam setengah jam prosesnya akan siap. Tapi, tak. Sebabnya, ia ambil masa beberapa jam untuk selesai.
Tapi tak kisah, yang penting hajat aku kesampaian. Lagi 10 minit jam 4 petang, tengah aku syok sendiri melayari internet menggunakan no.digi aku (simkad lama), tiba-tiba takde line internet. Tengok-tengok.. Satu bar line pun takde. Dalam jam berapa 9 malam ke apa lepas aku pasang simkad baru dan reboot hp aku, baru ada line.
Dan yang menariknya, tahukah anda.. *Ayat-ayat poyo*
Disebabkan aku rasa seronok sebab proses pertukaran simkad dah berjaya, aku cuba la online (beli kuata 1gb =RM5/sehari). Dan fuhhh! Laju giler internet. Marvelous bak kata orang putih… aku pun tiba-tiba rajin untuk meronda laman web digi. Dan aku terjumpa satu info yang lebih marvelous. Iaitu… Action kamen. Tak, aku tipu je. Wakakaka. Aku jumpa pelan terbaru DIGI SMART PREPAID.
Ok, apa yang menariknya pasal pelan baru ni?
  • Percuma LTE internet asas (dengan kelajuan 64kb), takkan telan kredit korang  tanpa beli kuata internet.
  • Percuma sms dan call ke 3 no.digi yang didaftarkan sebagai your favourite digi numbers. Tanpa had. Tengah berak pun kalau call pun orang tak peduli, tiada caj dikenakan. Sampai telinga korang pekak pun aiman tak kisah. Kesimpulannya, carilah awek yang guna no.digi. Wakaka. Bergayutlah sampai pengsan. ðŸ˜€
digi-smart-prepaid-review-how-to-subscribe
Dan yang seronoknya, aku (pengguna digi pelan prepaid lain) pun boleh dan telah pun tukar ke pelan ni. Caranya cuma taip *128*1*4# dan hantar. Caj RM3 dikenakan. Tapi berbaloi. Sebab internetnya tanpa beli kuata pun jauh beza dengan internet asas maxis. Laju. Aku tak nak cakap banyak, walaupun aku hanya menaip sebenarnya. Biar you cuba test try sendiri.. ;D
P/s: Ingat tak aku ada cakap yang aku ada beli kuata internet 1GB = RM5 /sehari. Yang ni tak bestnya, aku beli sebelum aku tukar ke pelan DIGI SMART PREPAID. Nak tahu apa yang berlaku? Kuata internet yang aku beli dibatalkan…NO REFUND. Baru pakai sikit dah abis macam tu je. Kalaulah aku tau. Hahaha. Nasi dah jadi bubur. Tu je la aku nak ingatkan. Korang pun boleh beli simkad baru untuk pelan ni dengan harga RM10 je (termasuk gst).

http://saharol.com/beritaharini/jom-tukar-ke-pelan-digi-smart-prepaid-free-basic-internet-free-unlimited-sms-call/
Share:

7 Telefon Yang Tidak Memerlukan Powerbank

Telefon Snapdragon 820

Telefon Snapdragon 820

Sebanyak 7 telefon telahpun tersedia dengan cip prosesor Qualcomm Snapdragon 820 yang mempunyai ciri baru lebih hebat membantu penggunaan telefon pintar anda.
Tujuh telefon yang tersedia tersebut adalah Samsung Galaxy S7/S7 edge, LG G5, HP Elite X3, Xiaomi Mi5, LeEco Le Max Pro, Sony Xperia Performance serta Vivo Xplay 5S.
Antara ciri penting yang menjadi cip Snapdragon 820 lebih bagus termasuk penggunaan bateri lebih lama dan cas pantas selain tangkapan gambar pada pencahayaan yang sangat minimum.
Qualcomm memasang teknologi baru dalam Snapdragon 820 yang menampilkan pemproses isyarat dwi-imej Spectra 14-bit yang memasukkan lebih banyak cahaya ketika menangkap gambar pastinya memberi kemudahan kepada pengguna yang kerap berada di lokasi yang agak gelap ketika berjalan-jalan namun masih mahu berselfie dan merakam imej lain.
Prosesor kamera di dalam akan menambah keupayaan pada cip DSP HVX kamera yang ada dalam Hexagon 680 (cip kamera Qualcomm sebelum ini) yang menyepadukan segala-galanya pada satu cip untuk tujuan di atas selain memperbaharui ciri zum.
Snapdragon 820 juga berita baik kepada pengguna yang terpaksa membawa powerbank ke mana saja mereka pergi kerana cip baru tersebut menambah 30% tenaga bateri sedia ada.
Sebelum ini, mana-mana cip prosesor Snapdragon membolehkan pengguna memperoleh jangka hayat bateri selama 8 hingga 9 jam namun dengan 820, ia bertambah kepada 11.7 jam pada teorinya bagi penggunaan aktif. Mengikut kajian, penggunaan aktif pengguna ialah antara 7 hingga 8 jam.
Teknologi Quick Charge 3.0 yang datang dalam Snapdragon juga membolehkan pengguna mengecas telefon dari kosong hingga 80% dalam tempoh hanya 35 minit.

http://theskop.com/2016/03/7-telefon-yang-tidak-memerlukan-powerbank/



Share:

Whatsapp Ditambah Fungsi Pelbagai Gaya Tulisan

Share Button

Sistem permesejan pelbagai platform kegemaran‎ ramai, Whatsapp dilihat menambah fungsi baru hampir setiap minggu. Terkini, kami menemui satu fungsi baru yang nampaknya tidak berapa penting, tapi agak menarik.
Fungsi baru ini kelihatan hanya berfungsi di platform iOS buat masa ini. WhatsApp kini boleh ditaip dengan pelbagai gaya tulisan seperti ini, ini dan ini. Atau dalam bahasa inggeris, BOLD, italic dan strike.
gaya tulisan BOLD di Whatsapp
Untuk menjadikan tulisan tebal, hanya tambah bintang atau asterisk di depan dan belakang perkataan tersebut. Contohnya seperti ini: *tebal*.
Untuk italic pula, tambah ‘underscore’ sebelum dan selepas perkataan seperti ini: _italic_.
Bagi strike pula, gunakan simbol ‘~’ sebelum dan selepas perkataan seperti ini: ~strike~
Hasilnya, akan kelihatan seperti gambar di bawah:
gaya tulisan Whatsapp normal bold italic strike
Adakah Whatsapp merancang untuk menjadikan sistem permesejannya seperti Word, dengan menambah lebih banyak gaya tulisan. Seperti saiz tulisan, ataupun warna tulisan.
Jika Whatsapp menjadi lebih dinamik, apakah fungsi yang paling anda mahu diadakan ditambah ke dalam Whatsapp? Mana tahu, ia bakal menjadi kenyataan.

http://theskop.com/2016/03/whatsapp-ditambah-fungsi-pelbagai-gaya-tulisan/
Share:

Tips Merawat Laptop / Notebook Agar Awet dan Tahan Lama

Laptop ASUSLaptop dan notebook sepertinya sudah bukan merupakan barang mahal lagi, kini banyak tersedia dipasaran mulai low end hingga high end. Orang banyak yang sudah memilikinya, baik sebagai bagian dari gaya hidup, untuk bisnis, untuk mengerjaakan tugas/skripsi.
Sepertinya PC akan mulai tergusur dengan kehadiran laptop/notebook. Walaupun PC lebih tangguh, namun kenyaman laptop/notebook yang bisa dibawa mobile jadi pilihan favourite.


Berikut ini ada beberapa tips yang bisa digunakan agar laptop/notebook anda berumur panjang dan tetap awet.

  • Gunakan stabilizer listrik
Bagi anda yang gemar bekerja dengan laptop/notebook tapi dengan melepas baterai ada baiknya tambahkan stabilizer. Stabilizer berfungsi untuk menjaga arus yang tidak stabil masuk ke laptop/notebook anda. Sehingga kenyamana anda bekerja dengan laptop terus terjaga.
  • Hati-hatilah Membawa Laptop/Notebook dalam tas
Sebaiknya gunakan tas khusus yang didesaign untuk laptop/notebook. Jangan gunakan sembarang tas yang tidak mempunyai bantalan khusus buat laptop/notebook. Mungkin tas untuk ini harganya agak mahal. Tapi sepadan dengan fungsinya untuk melindungi.
Jangan Makan dan Minum dekat Laptop/Notebook
Hindarilah makan atau minum di dekat laptop/notebook. Cairan atau makanan bisa saja tanpa sengaja tumpah dan bisa mengenai keyboard dan masuk ke komponen. Kalau sampai komponen di dalam rusak, maka biaya untuk menggantinya sangat mahal.
  • Hati-hatilah Download Software
Usahakan untuk memakai software yang sudah ada dalam paket pembelian laptop/notebook anda, untuk menghindari virus yang merosak. Download software di internet, kalau tidak berhati-hati tanpa dukungan antivirus yang memadai dan ter update dengan baik sebaiknya tidak dilakukan.
  • Tidak boleh Meletakkan Laptop/Notebook di lantai
Debu yang beterbangan di lantai bisa merusak laptop/notebook. Jauhkanlah dari anak kecil dan binatang peliharaan. Resiko terinjak akan sangat besar.
  • Jangan Bongkar Laptop/Notebook
Jika anda bukan seorang teknisi yang memang mengerti benar soal Laptop/Notebook jangan coba-coba untuk membongkarnya sendiri. Lebih baik kalau ada masalah, segera perbaiki di service center terdekat.
  • Bersihkan secara rutin
Ini yang sering tidak dilakukan oleh pemilik laptop/notebook. Membiarkan laptop/notebook dalam keadaan kotor sama saja dengan mempendek umurnya. Usahakan secara rutin bersihkan layar dan keyboardnya.
Semoga tips di atas membuat laptop/notebook anda selalu awet. Amin..

http://pusatteknologi.com/tips-merawat-laptop-notebook.html
Share:

TIP PENJAGAAN GADGET -hanphone, Ipad, Tablet, Android


1) Mod penjimatan kuasa -Telefon pintar Android dan Telefon Windows termasuk kuasa atau mod penjimatan bateri yang biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan ciri intensif termasuk e-mel push, kecerahan skrin dan kemaskini Facebook.Malangnya Apple tidak termasuk apa-apa kuasa atau penjimatan bateri ciri-ciri pada telefon pintar, walaupun aplikasi percuma seperti 'Battery Life Pro' memantau prestasi bantuan dan menutup aplikasi

2) Kecerahan skrin -Penggunaan bateri paling tinggi adalah pada pencahayaan skrin telephone anda makin besar skrin makin byk penggunaan bateri. Bagi menjimatkan kuasa bateri dengan memilih 'kecerahan automatik' dan skrin akan melaraskan kecerahan secara automatik bergantung kepada keadaan pencahayaan.

Selain itu, jika penunjuk bateri mencapai tahap yang tidak menentu menjadikan kecerahan turun serendah selesa untuk memelihara kuasa seberapa banyak yang mungkin. Pastikan kunci auto diaktifkan, jadi apabila telefon anda tidak digunakan skrin menutup menjimatkan kuasa. Jika anda mempunyai telefon dengan skrin AMOLED (seperti Samsung Galaxy S3 atau S2) menggunakan kertas dinding gelap juga boleh membantu menjimatkan bateri.


3) Kurang penggunaan getaran (Vibrate) -Dalam persekitaran kerja penggunaan ringtones kuat amat disukai, tidak menggunakan mod begetar sekiranya anda berada dalam meeting malah lebih baik gunakan mod senyap lebih efektif untuk menyelamatkan penggunaan bateri anda.

4) Offkan Telefon Ketika Mengecas – pastikan telefon korang di OFF dulu sebelum korang mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri.

5) Jangan Cas Telefon Di Dalam Kereta – Voltage pada kereta selalunya tidak stabil menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Ini akan menyebabkan komponen bateri cepat rosak. (pasti ramai yang buat cara ni kan)

6) Habiskan Bateri Sebelum Di Cas – Pastikan bateri telefon korang betul-betul habis baru dicas semula untuk mengelakkan ‘memory effect’.

7) Pastikan Bateri Dicas Sepenuhnya Kali Pertama sekurang-kurangnya 8 jam – Apa jua jenis bateri telefon bimbit, pastikan ianya dicas sepenuhnya sewaktu pertama kali membelinya. Ini untuk menentukan usia bateri. Ini kerana ketika kita mengecas bateri seluruh sel dalam telefon bimbit akan berfungsi. (Ada yang beli je, terus guna walaupun bateri separuh. betul tak?)

8) Kawal Waktu Mengecas – Jangan biarkan bateri dicas begitu lama kerana boleh merosakkan komponen di dalam bateri tersebut. Di Malaysia masih kurang lagi pengunaan charger yang akan Off sendiri selepas bateri habis dicas.

9) Jauhkan Bateri Dari Haba contoh TV dan alat elektrik yang mengeluarkan haba – Sumber haba boleh menyebabkan bateri telefon meletup.

10) Matikan sambungan - WiFi, GPS dan Bluetooth adalah antara yg tersedia dalam telefon moden anda. Lupa untuk mematikan WiFi anda apabila anda meninggalkan rumah dan ia akan sentiasa mencari sambungan WiFi dan menggunakan bateri lebih pada masanya. Jadi pastikan anda mematikan mana-mana sambungan luar apabila anda tidak menggunakannya.

http://pluraltrains.blogspot.my/2014/02/tip-penjagaan-gadget-hanphone-ipad.html
Share:

Alamat

FIXMOBILE KUBANG KERIAN
Lot 1490 Wisma Ar Rahmah
Bandar Baru Kubang Kerian
16150 Kubang Kerian,Kota Bharu
Kelantan,Malaysia

No : 0111 900 300
Email : Fixmobilekk@gmail.com