Untuk SMS pula, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 10 sen setiap SMS, dan penambahan kuota internet pada harga RM8 satu GB.Digi Hadir Dengan Pelan SmartPlan 75 – Menawarkan Data 7GB Dan Panggilan Tanpa Had Untuk RM75 Sebulan
Digi hari ini hadir dengan penawaran pelan baru mereka untuk tempoh terhad – iaitu sehingga 29 Februari 2016 kelak. Pelan yang dinamakan sebagai Digi SmartPlan 75 ini menawarkan penggunaan data sebanyak 7GB sebulan dan panggilan tanpa had untuk hanya RM75 sebulan.
Untuk SMS pula, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 10 sen setiap SMS, dan penambahan kuota internet pada harga RM8 satu GB.
Penawaran pihak Digi ini boleh dikatakan antara yang menarik di pasaran – apatah lagi ia turut hadir dengan penawaran iFlix percuma selama 12 bulan, dan penawaran Digi Music Freedom.
Bagi anda yang berminat, boleh membuat pembelian melalui laman rasmi Digi hari ini, ataupun ke pengedar rasmi Digi dan membuat peralihan ke pelan ini.
https://amanz.my/2016104385/
Pelan Hero U Mobile Digandakan Data Dari 7GB Menjadi 15GB
Aduh, perang data mudahalih di Malaysia kini semakin mengganas. Jika panggilan tanpa had dengan data 7GB tidak mencukupi, U Mobile kini menawarkannya dengan 15GB data sebulan, dan komitmen pengguna masih kekal sama, hanya RM70 sebulan. Ia adalah tawaran terbaru U Mobile menerusi pelan pascabayar Hero.
Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee. Tawaran 15GB datapelan Hero ini akan mula dibuka pada 15 Mac 2016. Tetapi, ia hanya diberikan sehingga 30 Jun 2016 sahaja. Bermakna, pengguna boleh menikmati 15GB data dengan komitmen RM70 sebulan, selama 3.5 bulan.
Sebelum ini, pelan pascabayar Hero U Mobile memberikan pengguna panggilan tanpa had beserta 7GB data, dengan komitmen RM70 sebulan. Tetapi ia menerima tentangan hebat apabila Digi turut menawarkan pelan pascabayar dengan panggilan tanpa had beserta 7GB data, hanya RM78 sebulan. Celcom pula melancarkan pelan FiRST Gold yang turut datang dengan panggilan tanpa had, bersama 5GB data bulanan dan 5GB data hujung minggu, hanya RM80 sebulan.
Dengan saingan sengit dari Digi dan Celcom ini, tidak hairanlah U Mobile mengambil langkah ekstrem dengan memberikan data berganda kepada pelan Hero mereka. Masih tiada maklumat lanjut tentang perkara ini, tetapi dijangka pengguna sedia ada akan menerima naiktaraf ini secara automatik.
U Mobile turut memperkenalkan pelan baru Hero Plus, yang menawarkan dua talian bersama panggilan tanpa had dan data 12GB, dengan bayaran RM120 sebulan. Dengan tawaran baru ini, pastinya Hero Plus turut menerima peningkatan, dan menjadikan data bulanan untuk dua talian kepada 18GB.
Bagaimana sekarang, mahu kekal dengan talian syarikat lain, atau nikmati data berganda-ganda dari U Mobile dengan pelan Hero ini? Segera ke pusat servis U Mobile berhampiran untuk bertukar ke talian U Mobile, sambil mengekalkan nombor sedia ada.
http://theskop.com/2016/03/pelan-hero-u-mobile-digandakan-data-dari-7gb-menjadi-15gb/
Kemas Kini Marshmallow Untuk Sony Xperia Z5 Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Malaysia
Kemas kini Android 6.0 Marshmallow untuk Sony Xperia Z5 akhirnya boleh dimuat turun oleh pengguna di Malaysia. Kemas kini yang bersaiz melebihi 1 Gigabyte ini mula diterima sejak pagi tadi. Dengan kemas kini ini akhirnya fungsi Google Now On Tap dapat digunakan oleh pengguna peranti utama Sony ini. Tetapi pada waktu yang sama fungsi Stamina Mode tidak lagi wujud. Ini adalah kerana Marshmallow mempunyai fungsi Doze yang menjimatkan penggunaan bateri.

Kepada pemilik Xperia Z5 Compact pula penantian anda mungkin turut akan berakhir. Kemas kini ke Marshmallow untuk peranti ini sudah mula diterima pengguna di Eropah. Memandangkan kemas kini Marshmallow untuk Z5 tiba di Eropah 7 Mac yang lalu, kemungkinan besar peranti anda juga akan menerima kemas kini dalam masa yang terdekat.
https://amanz.my/2016107393/
Samsung Galaxy S7 Dan S7 Edge Bersalut Emas Kini Boleh Dimiliki
Emas ialah simbol kekayaan dan status seseorang individu di dalam masyarakat sejak beribu-ribu tahun. Golongan bangsawan memakai barang kemas diperbuat daripada emas untuk menunjukkan mereka berhad memerintah. Di benua Amerika Selatan pula, emas ianya penyebab mengapa tamadun Aztek lenyap dari muka bumi kerana diserang Sepanyol. Jadi jelaslah di sini emas boleh menyebabkan anda disanjung dan pada waktu yang sama boleh menyebabkan anda rebah.
Status emas sebagai logam berharga masih lagi relevan sekarang. Perkara biasa yang dilakukan sekarang ialah menyadur emas pada peranti pintar terkini bagi menunjukkan betapa murahnya rezeki yang dikurniakan Ar Rahman kepada diri anda. Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge yang disadur emas kini boleh anda miliki. Ia dihasilkan oleh Gold Genie dan edisi terhad ini dijual pada harga bermula £2097 (RM 12083) sebuah. Selain sebuah peranti pintar bersalut emas, anda turut akan menerima kotak simpanan khas yang diperbuat daripada kayu ok.
https://amanz.my/2016107441/
Rasmi : Apple Menjadualkan Acara Khas Pada 21 Mac – iPhone SE, iPad Pro?
Apple hari ini telah mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa bagi sebuah acara media yang dijadualkan pada 21 Mac 2016 (22 Mac waktu Malaysia) kelak. Pengumuman ini adalah selari dengan desas-desus sebelum ini, dimana Apple dijangka mengumumkan beberapa peranti ketika itu.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Apple dijangka mengumumkan sebuah telefon pintar iPhone bersaiz 4-inci. Ia dijangka membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti iPhone 5, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan yang lebih baik serta sokongan untuk Apple Pay. Peranti ini dijangka akan dikenali dengan nama iPhone SE.
Disamping itu, Apple turut dijangka memperkenalkan iPad Pro bersaiz 9.7-inci – yang mana lebih bersaiz kecil berbanding iPad Pro sebelum ini. Apple turut dijangka memperkenalkan beberapa tali jam untuk Apple Watch pada acara yang sama.
https://amanz.my/2016107363/
Facebook Lite Kini Digunakan Oleh Lebih 100 Juta Pengguna
Aplikasi Facebook boleh dikatakan agak bersaiz besar, dan pada masa yang sama menggunakan tenaga dan memori yang tinggi untuk digunakan. Sebagai alternatif untuk peranti berspesifikasi rendah, pihak Facebook telah hadir dengan Facebook Lite sebelum ini.
Facebook Lite menawarkan aplikasi yang ringan dan bersaiz kecil – dan memfokuskan kepada penawaran saiz kurang daripada 1MB. Melaluinya, seperti biasa, pengguna boleh menikmati laman sosial berkenaan terus pada peranti mudah-alih.

Terkini, Facebook mengatakan aplikasi yang dibangunkan dengan fokus terhadap negara-negara membangun ini kini mempunyai lebih 100 juta pengguna seluruh dunia.
Disamping hanya menawarkan fungsi asas Facebook, kini Facebook Lite juga turut telah menyertakan sokongan video, kebolehan muat-naik lebih daripada satu gambar pada sesuatu masa, dan juga emoji.


Aplikasi Facebook boleh dikatakan agak bersaiz besar, dan pada masa yang sama menggunakan tenaga dan memori yang tinggi untuk digunakan. Sebagai alternatif untuk peranti berspesifikasi rendah, pihak Facebook telah hadir dengan Facebook Lite sebelum ini.
Facebook Lite menawarkan aplikasi yang ringan dan bersaiz kecil – dan memfokuskan kepada penawaran saiz kurang daripada 1MB. Melaluinya, seperti biasa, pengguna boleh menikmati laman sosial berkenaan terus pada peranti mudah-alih.

Terkini, Facebook mengatakan aplikasi yang dibangunkan dengan fokus terhadap negara-negara membangun ini kini mempunyai lebih 100 juta pengguna seluruh dunia.
Disamping hanya menawarkan fungsi asas Facebook, kini Facebook Lite juga turut telah menyertakan sokongan video, kebolehan muat-naik lebih daripada satu gambar pada sesuatu masa, dan juga emoji.


Aplikasi Facebook boleh dikatakan agak bersaiz besar, dan pada masa yang sama menggunakan tenaga dan memori yang tinggi untuk digunakan. Sebagai alternatif untuk peranti berspesifikasi rendah, pihak Facebook telah hadir dengan Facebook Lite sebelum ini.
Facebook Lite menawarkan aplikasi yang ringan dan bersaiz kecil – dan memfokuskan kepada penawaran saiz kurang daripada 1MB. Melaluinya, seperti biasa, pengguna boleh menikmati laman sosial berkenaan terus pada peranti mudah-alih.

Terkini, Facebook mengatakan aplikasi yang dibangunkan dengan fokus terhadap negara-negara membangun ini kini mempunyai lebih 100 juta pengguna seluruh dunia.
Disamping hanya menawarkan fungsi asas Facebook, kini Facebook Lite juga turut telah menyertakan sokongan video, kebolehan muat-naik lebih daripada satu gambar pada sesuatu masa, dan juga emoji.


https://amanz.my/2016107300/
5 Fungsi Terbina Pada Peranti Android Yang Tidak Digunakan Ramai
Pada hari ini, boleh dikatakan majoriti daripada rakyat Malaysia menggunakan peranti berasaskan Android. Secara kasarnya, Android digunakan pada peranti keluarga Samsung Galaxy, Sony Xperia, HTC One, HTC Desire, dan pelbagai peranti dari syarikat lain termasuk Huawei, Alcatel, Motorola, Lenovo dan sebagainya.
Namun, boleh dikatakan ramai pengguna tidak menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang ditawarkan dan didatangkan terbina pada peranti Android mereka. Berikut merupakan antara fungsi menarik yang terdapat pada peranti Android, dan boleh digunakan anda bermula hari ini;
Sokongan Kabel OTG

Peranti yang menggunakan Android 3.1 dan terkini hadir dengan sokongan kabel OTG. Jadi, apakah itu kabel OTG? Kabel OTG merupakan kabel yang hadir dengan sambungan mikro-USB dan perumah USB.
Menggunakannya, pengguna boleh menghubungkan mikro-USB ke peranti Android mereka, dan kemudiannya menghubungkan peranti USB lain menggunakan penyambung perumah USB yang disediakan.

Kabel OTG ini dijual pada harga sekitar RM10 (mungkin terdapat lebih murah). Antara fungsi utama yang kami dapati boleh digunakan menggunakan kabel OTG adalah termasuk untuk sambungkan storan USB (PenDrive, thumbdrive dan sebagainya), menghubungkan telefon pintar lain (untuk membaca fail atau untuk pengecasan sementara) dan beberapa fungsi yang lain.
Google Now
Salah satu fungsi menarik pada Android yang kurang ditekankan oleh pengeluar peranti adalah Google Now.
Google Now boleh dikatakan sebagai pembantu peribadi maya anda. Menggunakannya, pengguna boleh mengawalnya menggunakan arahan suara dan mendapat balasan dengan lebih pantas berbanding perkhidmatan seumpamanya yang lain.

Menariknya, selain daripada sokongan tersebut, pengguna boleh menetapkan beberapa perkara seperti lokasi tempat kerja, lokasi tempat tinggal, pasukan sukan kegemaran dan sebagainya, serta mendapat notifikasi berkenaan dengannya serta-merta.
Bagi kami, kami gemarkan integrasinya dengan Google Calendar, sekaligus mengeluarkan notifikasi dengan mengira keadaan trafik supaya kita boleh sampai ke sesuatu lokasi pada waktu yang ditetapkan.
Pemasangan Aplikasi Melalui Web
Walaupun gemar menggunakan peranti mudah-alih, namun kami lebih selesa menggunakan pelayar web untuk mencari aplikasi baru dan sebagainya.
Untuk memudahkan perkara tersebut, Google sedia memberikan kemudahan untuk memasang aplikasi terus daripada web ke peranti mudah-alih anda.

Pengguna hanya perlu ke halaman Google Play Store, memilih aplikasi yang berkenaan, dan menekan butang “Pasang” pada ruangan yang disediakan. Pengguna seterusnya boleh membaca apakah kebenaran yang akan digunakan oleh sesuatu aplikasi, dan seterusnya memilih peranti yang ingin dipasang aplikasi berkenaan.
Sokongan Input Suara Bahasa Malaysia
Bermula Android 4.0, pihak Google telah menyertakan sokongan input suara dalam bahasa Malaysia.
Menggunakannya ia dilihat menyokong pelbagai jenis slanga, dan input suara ke teks dilihat berfungsi hampir 75% tanpa sebarang masalah.
Untuk mengubahnya, pengguna hanya perlu mengubah pilihan bahasa dictation kepada Bahasa Malaysia, dan menggunakannya pada peranti mereka.
Android Device Manager
Salah satu fungsi baru yang diperkenalkan Google pada tahun lepas adalah Android Device Manager. Menggunakannya, pengguna boleh mengetahui lokasi semasa peranti mereka, disamping membuat beberapa kawalan seperti mengeluarkan bunyi peranti (sekiranya tidak mengetahui lokasi ia diletak), ataupun memadam data pada peranti berkenaan.

Layari : Halaman Pengurus Peranti Android
Jadi, itu adalah antara fungsi dan sokongan terbina dari Google untuk Android yang tidak begitu digunakan ramai di Malaysia.h.
https://amanz.my/201458913/














