Samsung bersama-sama dengan pengenalan Galaxy S7, turut memperlihatkan beberapa aksesori mereka, dan salah satu yang diperlihatkan mereka adalah gelang tangan pintar yang dinamakan sebagai Charm.
Gelang tangan ini hadir dalam dua variasi rekaan, satu dengan kepala berbentuk segi empat-sama, dan satu lagi dengan rekaan segi empat tepat.
Spesifikasi penuh untuknya masih tidak dikongsikan, dan ia dikatakan dihubungkan ke peranti berasaskan kepada Bluetooth.
Versi yang berbentuk segi empat sama hanya menawarkan sokongan membolehkan pengguna menerima notifikasi, dan ia akan menghasilkan gegaran melaluinya.
Sementara versi berbentuk segi empat tepat pula turut menawarkan sokongan untuk memantau gerakan dan mengira langkah perjalanan.
Ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan melancarkan peranti ini secara rasminya, dan mereka masih tidak berkongsi pelbagai info berkaitan dengannya.
Suka dengar nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza? Jika anda penguna prabayar Xpax atau pascabayar Celcom FiRST, anda berpeluang menyaksikan konsert Dato Siti secara percuma, dibawakan khas kepada anda oleh Xpax & Yonder Music.
Xpax kini membawakan siri konsert Yonder Music Live, bermula dengan acara eksklusif menyambut 20 tahun kejayaan platinum Dato Siti Nurhaliza. Konsert ini akan diadakan pada 2 April 2016 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Diberi nama Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends, ia adalah konsert unik yang harus ditonton sendiri. Tetapi, acara ini eksklusif untuk pengguna Yonder Music, iaitu pengguna prabayar Xpax & pascabayar Celcom.
Konsert ini menampilkan orkestra penuh, dan akan diserta persembahan duet dari artis Malaysia dan serantau seperti Afgan, Anggun, Cakra Khan, Faizal Tahir, Hafiz Suip dan banyak lagi.
dari kiri: Hafiz Suip, Dato Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Pelanggan Xpax & Celcom berpeluang memenangi sepasang pas masuk ke konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends, dengan menuruti langkah di bawah: Pelanggan Xpax 1. Langgan mana-mana pelan internet bulanan (M30, M40, M60) 2. SMS ke 28882 3. Muat turun & aktifkan Yonder Music 4. Maklumat tiket & lain info di www.xpax.com.my
Pelanggan Celcom FiRST 1. Langgan pelan FiRST Gold 2. SMS ke 28882 3. Muat turun & aktifkan Yonder Music 4. Maklumat lanjut di www.celcom.com.my
Selain itu, pelanggan juga boleh memenangi pas masuk dengan melanggan ‘Call Me Tones‘ Siti Nurhaliza menerusi aplikasi Yonder Music.
Satu lagi cara memenangi pas, adalah dengan bermain Trivia Play Beat it Music di www.bigwin.com.my. Tapi pastikan akaun Yonder Music telah diaktifkan.
Yonder Music adalah pemain lagu secara strim, eksklusif untuk pengguna Xpax & Celcom sahaja. Pengguna Celcom, tidak akan dikenakan caj data apabila strim lagu menerusi Yonder Music.
Sony sehingga kini tidak terlepas untuk melancarkan peranti baru pada Mobile World Congress setiap tahun. Untuk tahun ini, memandangkan peranti Xperia Z5 baru sahaja dilancarkan, mereka telah mengumumkan peranti baru dibawah siri baru, iaitu siri X. Dibawah siri baru ini, mereka menawarkan tiga model iaitu Xperia X Performance untuk spesifikasi tinggi, Xperia XA untuk spesifikasi asas didalam siri ini dan Xperia X, iaitu spesifikasi pertengahan.
Sony Xperia X
Skrin
5-inci Full HD 1920 x 1080
Pemproses
Snapdragon 650
Memori
3GB
Muatan Dalaman
16GB / 32GB
Kamera Utama
23MP
Kamera Depan
13MP
Bateri
2620 mAh
Kalis Air
Tidak
Pengecasan Pantas
Ya
Fungsi Lain
Predictive Hybrid Autofocus, Remote Play
Fokus pada siri X ialah kepada keupayaan kamera dan bateri yang bagus. Bagi membezakan Siri X dengan siri yang lain, mereka turut menyertakan rekaan yang baik namun ingin bersaing dalam kategori pertengahan. Siri X juga tidak menyertakan versi kompak, tidak seperti siri terdahulu dan kesemua peranti dalam Siri X ini mempunyai saiz yang sama. Kesemua peranti ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 5-inci HD penuh, kecuali Xperia XA yang tidak mempunyai resolusi penuh dan hanya mempunyai paparan 720p.
Sony Xperia X hadir dengan rekaan yang mengikuti rekaan terbaru siri Xperia Z5 dan hadir dengan kemasan aluminium unibody. Salah satu perbezaan yang paling ketara pada siri X ini adalah ia menggunakan kaca 2.5D, yang bertujuan untuk membuatkan peranti lebih selesa digenggam dan dipegang. Ia semestinya sedikit berbeza dari Xperia Z5 yang mempunyai seakan-akan bucu pada bahagian tepi, yang menjadikan peranti tersebut tidak selesa dipegang. Dari segi saiz dan paparan, ia sedikit kecil berbanding Z5 dan perlu dikatakan Siri X bukanlah pengganti Siri Z.
Mengikuti tema rekaan terbaru Sony, pada sebelah kanan badan Xperia X disertakan dengan butang kuasa yang diintegrasikan dengan pengimbas cap jari, butang khusus untuk rakaman gambar, dan butang kawalan tahap bunyi. Dari segi reka letak, ia masih berada di ‘bawah’, menjadikan pengalaman untuk menekan butang kawalan tahap bunyi sedikit canggung. Ini kerana jika anda menggunakan tangan kanan, mungkin ibu jari anda terpaksa digerakkan dibawah posisi butang kuasa, sekaligus memberikan perasaan aneh dalam menggunakan butang tersebut. Namun ini bergantung kepada penggunaan peribadi pengguna.
Salah satu perkara yang mungkin membuatkan pengguna berasa canggung adalah pengguna perlu menekan butang kuasa untuk mengaktifkan pengimbas cap jari. Ini adalah berbeza dengan pengimbas cap jari yang terdapat pada peranti lain yang sentiasa aktif, dan sedia untuk mengimbas cap jari bagi tujuan mengaktifkan peranti.
Pada sebelah kiri badan peranti pula terdapat talam bagi meletakkan kad SIM dan juga kad Mikro-SD bagi menambah kapasiti storan. Talam ini boleh memuatkan kad Nano SIM, Micro SIM, atau menggunakan talam Micro SIM untuk meletakkan kad Mikro SD dengan kapasiti tambahan sehingga 200GB. Menurut spesifikasi, terdapat dua kapasiti storan tersedia untuk peranti ini, sama ada 32GB untuk variasi Xperia X dengan satu kad SIM, atau 64GB untuk variasi dengan dua kad SIM. Salah satu kekurangan peranti ini adalah dengan rekaan sebegini, ia sekaligus menjadikan Xperia X tidak kalis air, dan mungkin pengguna yang inginkan peranti kalis air perlu memilih Xperia X Performance atau Siri-Z.
Xperia X hadir dengan pelbagai tawaran spesifikasi yang menjadikan ia seakan-akan peranti berspesifikasi tinggi. Ia hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 650 64-bit enam teras, dan dibantu oleh RAM sebesar 3GB. Dengan kekuasaan pemprosesan ini, peranti Siri-X ini juga boleh menggunakan fungsi Remote Play, membolehkan pemilik konsol permainan PlayStation 4 menggunakan Xperia X bagi menstrimkan permainan mereka untuk dimainkan tanpa menggunakan televisyen.
Dari segi keupayaan kamera, menariknya Xperia X ini menyertakan kamera utama yang sama berkuasa seperti Xperia Z5. Ia mempunyai sensor sebesar 23 Megapixel, dengan fungsi terbaru yang dicipta oleh Sony iaitu Predictive Hybrid Autofocus. Fungsi ini membolehkan sensor pengimejan ‘menjangka’ gerakan objek dan membantu pemfokusan dilakukan dengan lebih pantas bagi membantu pengguna merakam gambar dengan cepat dan tidak terlepas sebarang aksi.
Kameranya juga berkemampuan untuk menangkap gambar pada keadaan yang kurang cahaya, dengan tahap ISO setinggi 12800. Namun salah satu perkara yang tidak pasti adalah dengan tahap ISO setinggi itu, berkemungkinan gambar yang dihasilkan akan mempunyai kadar ‘Noise’ yang tinggi. Mungkin apabila kami berpeluang untuk melakukan ulasan penuh, perkara ini dapat diuji. Untuk kamera hadapan pula, bagi menarik minat pengguna yang mungkin lebih sukakan fungsi Selfie, ia hadir dengan sensor sebesar 13MP. Dengan sensor pengimejan sebesar ini, gambar selfie dapat dirakam dengan lebih banyak perincian padanya.
Peranti ini beroperasi menggunakan Android Marshmallow yang terkini, dan seperti peranti-peranti Sony yang lain, fokus pada penjimatan tenaga merupakan ciri-ciri utama. Pada kapasiti bateri sebesar 2620 mAh, ia mampu bertahan sehingga 2 hari dan turut menyertakan pengecasan pantas padanya. Dengan pengecasan selama 10 minit, Sony Xperia X dapat beroperasi selama 5 jam.
Dengan ciri-ciri yang dibawakan oleh Sony Xperia X, mungkin ia bukanlah sesuatu yang baru namun bakal memberikan persaingan sengit untuk peranti-peranti pada klasifikasi pertengahan. Ini kerana mereka menawarkan spesifikasi yang tampak premium, tetapi tidak melebihi Siri-Z mereka iaitu Siri dengan spesifikasi tertinggi. Dan tiadanya label ‘Compact’ diberikan kepada sebarang Siri-Z, mungkin menandakan evolusi pada penawaran Sony seperti yang dikatakan mereka. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat berkenaan harga peranti ini dan juga tiada khabar bilakah peranti ini akan hadir ke pasaran tempatan.
Tune Talk, Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) terbesar di Asia Tenggara, melancarkan satu perkhidmatan baharu yang akan membawa revolusi dalam sistem telekomunikasi. Pengumuman yang dibuat di Barcelona pada acara MWC 2016 itu, disempurnakan oleh CEO Tune Talk, Jason Lo dan disaksikan oleh Dr. Mazlan Ismail, CEO Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), dan Dr. Fathul Bari, wakil daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Melalui perkhidmatan tersebut, semua spektrum komunikasi akan digabungkan untuk menghasilkan sambungan jalur lebar titik-ke-titik OTA (Over the Air) tanpa melibatkan kos mahupun prasarana. Kepantasan yang ditawarkan oleh 8G mencecah 160mbps, akan membolehkan pengguna menikmati kandungan Internet di mana-mana sahaja.
Pelancaran SWAG di MWC 2016
Mereka turut mendedahkan peranti ‘Tune Talk 8G’ iaitu SWAG, di reruai rakan usaha sama mereka yang akan digunakan bersama perkhidmatan itu kelak. Syarikat yang membangunkan peranti ‘Tune Talk 8G’, SWAG (Super Wi-Fi Kemana-mana anda Pergi), juga berasal dari Malaysia.
CEO Swag. Dr. Rapahel Mannadiar menerangkan bahawa yang memungkinkan pembangunan ini adalah teknologi WR1 yang dibangunkan sendiri oleh pihak SWAG. Peranti dan perkhidmatan itu dijangka akan dilancarkan di Malaysia sebelum suku ketiga tahun ini.
Baru tadi twitter @TMConnects mengesahkan masalah talian TM telah dikenalpasti. Kenyataan ini juga telah dipaparkan di lamanweb TM.
Menurut TM, masalah ini berpunca dari sistem ‘Asia Submarine Cable Express‘ (ASE) dari Singapura, yang memberi kesan kepada kabel dasar laut Cahaya Malaysia. ASE mempunyai 6 pasang kabel fiber, di mana 2 pasang darinya adalah Cahaya Malaysia milik TM.
Kabel dasar laut Cahaya Malaysia menghubungkan Malaysia dengan Asia Utara dan Amerika Syarikat. Proses memulihkan kabel ini dijadualkan bermula dari 25 Mac sehingga 31 Mac 2016.
Walaubagaimanapun, proses pemulihan masih bergantung kepada faktor cuaca dan lokasi, serta jenis kerosakan yang dialami. Membaiki kabel dasar laut sememangnya sangat mencabar.
Sepanjang proses pemulihan ini, pengguna akan mengalami masalah untuk melayari lamanweb dan menggunakan servis internet antarabangsa yang terletak di Amerika Syarikat, Asia Utara dan Eropah. TM telah mengambil langkah proaktif dengan mengubah laluan sambungan dan mengoptimasikan rangkaian bagi mengurangkan kesesakan.
Jika anda berhadapan masalah yang teruk, boleh berhubung dengan TM melalui media sosial di twitter@TMConnects atau Facebook Everyone Connects. TM juga boleh dihubungi melalui emel di alamathelp@tm.com.my.
Dengan masalah ini, mungkin TM boleh memberikan sedikit rebat untuk meredakan rassa marah pengguna internet di Malaysia.
WhatsApp adalah aplikasi permesejan yang paling banyak digunakan, kerana ia menyokong banyak sistem operasi termasuk yang lama. Awal bulan ini, WhatsApp mengumumkan sebanyak 1 bilion pengguna menggunakan WhatsApp. Tapi, jumlah ini akan berkurangan tahun ini.
Baru-baru ini, WhatsApp telah mengeluarkan kenyataan untuk menamatkan perkhidmatan aplikasi permesejan mudahalihnya, pada beberapa sistem operasi menjelang hujung tahun 2016. Sistem operasi yang terlibat adalah:
BlackBerry OS, termasuk BlackBerry 10
Nokia S40
Nokia Symbian S60
Android 2.1 Eclair
Android 2.2 Froyo
Windows Phone 7.1
WhatsApp yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke-7 minggu ini, terpaksa menamatkan sokongan terhadap sistem operasi ini, kerana masalah untuk mengembangkan fungsi aplikasi.
Sistem operasi yang terlibat, samada terlalu lama ditelan zaman, atau mempunyai kekangan, menyebabkan fungsi baru yang mahu dipasang pada WhatsApp tidak dapat dilaksanakan.
WhatsApp menyarankan pengguna sedia ada, untuk berubah kepada peranti Android, iPhone atau Windows Phone yang lebih baru sebelum tahun 2016 berakhir, untuk terus menggunakan Whatsapp. Tiba sahaja tahun 2017, WhatsApp tidak akan dapat lagi digunakan pada sistem operasi yang disenaraikan di atas.
Harap-harap, WhatsApp dan Blackberry dapat berbuat sesuatu, agar sokongan terhadap Blackbery 10 diteruskan. Kalau tak, kena guna BBM je laa.
Salah satu fungsi yang tidak terdapat pada WhatsApp sehingga kini, tetapi popular dikalangan pengguna Telegram adalah keupayaan menghantar dokumen. Kini, pihak WhatsApp nampaknya cuba mengatasi perkara berkenaan, dan telah mulakan ujian menghantar dokumen melalui aplikasi permesejan mereka.
Fungsi penghantaran dokumen ini hadir pada panel perkongsian sama yang menggunakan penghantaran gambar dari galeri, atau daripada kamera. Sebuah ikon dinamakan dokumen hadir, membolehkan pengguna memilih dokumen daripada peranti mudah-alih mereka dan menghantarnya terus kepada rakan-rakan lain.
Buat masa ini, daripada ujian kami, ia membolehkan kami menghantar dokumen kepada pengguna iPhone dan Android, tetapi gagal untuk penghantaran ke Windows Phone, apatah lagi BlackBerry.